BELGRADE: Ribuan penunjuk perasaan berarak menentang keganasan di Belgrade, Serbia pada Isnin.

Ia susulan dua insiden tembakan rambang termasuk di sebuah sekolah rendah yang mengakibatkan 17 individu terkorban pada minggu lepas.

Antara tuntutan penujuk perasaan termasuk peletakan jawatan menteri dalam kerajaan kerana gagal melindungi rakyat daripada keganasan.

Selain itu, mereka menuntut reformasi media negara itu yang sering memaparkan watak jenayah sebagai kebiasaan yang mampu mempengaruhi masyarakat Serbia dalam aktiviti jenayah.

Pada Rabu lepas, berlaku tembakan rambang di sebuah sekolah di Belgrade.

Seorang kanak-kanak berusia 13 tahun mengambil senjata ayahnya dan melepaskan tembakan di sekolah.

Suspek menembak rakan sekelasnya dan membunuh lapan orang pelajar dan seorang pengawal keselamatan.

Sehari kemudian, seorang lelaki berusia 20 tahun menggunakan senjata automatik dalam serangan penembakan di dua kampung di Serbia tengah, mengorbankan lapan individu.