awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribuan rakyat Jordan tunjuk sokongan kepada Palestin

Agensi
Agensi
27/10/2023
15:57 MYT
Ribuan rakyat Jordan tunjuk sokongan kepada Palestin
Israel meneruskan serangan terhadap Palestin tanpa mengendahkan kecaman dunia Arab, malah memperhebatkan serangan darat di wilayah Gaza yang dikepung.- AP Photo/Majdi Mohammed
AMMAN: Ribuan rakyat Jordan turun ke jalanan di pusat bandar Amman sebagai tanda sokongan kepada Gaza pada Jumaat.
Penunjuk perasaan mula berarak selepas seleasi menunaikan solat dan kemudian berarak di pusat bandar Amman sambil memegang sepanduk dan mengibarkan bendera Jordan dan Palestin.
Pihak berkuasa kesihatan Gaza memaklumkan lebih daripada 7,000 orang telah terbunuh selepas rejim zionis mengebom Semenanjung Gaza sebagai tindak balas terhadap serangan Hamas pada 7 Oktober lalu.
Dalam pada itu, penduduk Gaza dijangka berdepan dengan situasi lebih buruk berikutan kekurangan bahan api yang kritikal yang boleh mengancam untuk menghentikan bantuan makanan dan operasi kemanusiaan lain.
Israel meneruskan serangan terhadap Palestin tanpa mengendahkan kecaman dunia Arab, malah memperhebatkan serangan darat di wilayah Gaza yang dikepung.
Radio tentera Israel berkata, pencerobohan terbesar di utara Gaza dilancarkan semalaman, dengan video rejim zionis menunjukkan kenderaan berperisai melintasi sempadan dan mengebom bangunan.
Topic Berkaitan
#Israel
#Jordan
#Palestin
#Hamas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan