awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribuan rakyat Mexico berarak di jalanan memprotes kenaikan harga bahan api

Agensi
Agensi
08/01/2017
01:25 MYT
Ribuan rakyat Mexico berarak di jalanan memprotes kenaikan harga bahan api
Sebahagian daripada penunjuk perasaan yang memenuhi jalanan Mexico City bagi menyertai protes kenaikan harga minyak. - Foto Reuters
Rakyat Mexico yang marah akibat kenaikan harga minyak telah berarak menunjuk perasaan ke jalan raya di Mexico City pada Sabtu, lapor Reuters.
Protes yang mula ditunjukkan sejak beberapa hari lalu mencetus perbuatan mencuri di ratusan kedai hingga pihak berkuasa melaporkan, ribuan penangkapan telah dibuat di negara ekonomi kedua terbesar di Amerika Latin itu.
Pemerintah Mexico menaikkan kos bahan api sehingga 14 ke 20 peratus awal bulan ini, sekali gus menyemarakkan rasa tidak puas hati rakyat yang sudahpun menanggung beban inflasi.
Perkara tersebut merupakan cabaran besar buat Presiden Enrique Pena Nieto.
Kenaikan itu adalah sebahagian daripada liberasi tahunan berkala yang dibawakan pentadbiran Pena Nieto tahun ini, namun penjelasan tentang kenaikan itu tidak dinyatakan secara terperinci.
"Katakan tidak pada kenaikan harga bahan api. Pena harus berundur,” laung penunjuk perasaan yang berarak dari pusat bandar Mexico City ke kediaman Presiden.
Pihak berkuasa Mexico pada Sabtu menangkap 1,500 orang sejak protes bermula, bermula sejak pengumuman kenaikan harga bahan api dibuat pada 1 Januari.
Persatuan peruncit tempatan, ANTAD, berkata pada Jumaat, sejumlah 423 kedai telah dipecah masuk. Demonstrasi dan perarakan tersebut berlangsung pada Sabtu di negeri Sonora, Chiapas, Guerrero, Jalisco, Tabasco dan Puebla.
Topic Berkaitan
#demoinstrasi
#gasolin
#Inflasi
#kenaikan harga minyak
#Mexico
#protes
#rakyat mexico
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan