MANILA: Taufan Megi yang melanda wilayah tengah Filipina setakat ini telah meragut sekurang-kurangnya satu nyawa, selain seorang lagi hilang, menurut laporan agensi berita Xinhua.
Sejak dibadai taufan itu pada Ahad, kejadian banjir dan tanah runtuh turut berlaku di beberapa kawasan.
Menurut Biro Perkhidmatan Atmosferik, Geofizikal dan Astronomi Filipina, Taufan Megi merupakan ribut tropika yang pertama melanda negara kepulauan itu dala musim panas tahun ini.
Taufan itu membawa angin kencang dengan kelajuan maksimum 75 kilometer (km) sejam dengan luruan sehingga 105km sejam pada 10 pagi waktu tempatan, Ahad.
Kekuatan Megi kekal sementara bergerak perlahan ke arah barat di pesisiran Guiuan, sebuah bandar di wilayah timur Samar.
Beberapa daerah di selatan iaitu di Pulau Luzon juga menerima hujan lebat.
Penduduk di kawasan terjejas diberi amaran tentang kemungkinan tinggi terjadi banjir mengejut, angin kencang dan juga tanah runtuh akibat aliran deras air.
Biro berkenaan juga memberi amaran tentang keadaan laut beronbak yang membahayakan kebanyakan bot dan pengangkutan air lain.
Terletak di Lingkaran Api Pasifik, Filipina merupakan antara negara yang cenderung berlaku bencana alam, termasuk gunung berapi aktif, gempa bumi yang kerap dan kira-kira 20 taufan dalam setahun.
Agensi
Mon Apr 11 2022

Terletak di Lingkaran Api Pasifik, Filipina merupakan antara negara yang cenderung berlaku bencana alam, termasuk gunung berapi aktif, gempa bumi yang kerap dan kira-kira 20 taufan dalam setahun.

JAIS rangka garis panduan selaras kadar urus jenazah
Usaha tersebut dirangka bagi memastikan kos pengurusan jenazah lebih seragam dan selaras.

Warga emas maut, kereta dipandu lawan arus kemalangan
Mangsa berusia 72 tahun memandu kereta jenis Proton Wira secara melawan arus lalu bertembung dengan sebuah kereta jenis Honda City.

PM Ismail Sabri adakan lawatan ke Turkiye atas jemputan Presiden
Semasa lawatan itu, kedua-dua pemimpin dijangka menyentuh mengenai kerjasama pascapandemik COVID-19.

Kejohanan Wimbledon: Djokovic lepasi ujian getir Van Ritjhoven untuk ke suku akhir
Juara bertahan itu tewas dalam set kedua sebelum menang 6-2, 4-6, 6-1, 6-2 dalam perlawanan pusingan keempat.

Lima negara bincang isu jerebu rentas sempadan
Mesyuarat itu melibatkan menteri-menteri Alam Sekitar dari lima negara di selatan rantau ASEAN.

'Minyak subsidi banyak dijual di Selatan Thailand'
Di Narathiwat, Sungai Golok, Weng, Sungai Padi tiada pembelian dihadkan untuk minyak masak peket satu kilogram.

F1: Halo selamatkan nyawa saya, kata Zhou Guanyu selepas kemalangan ngeri
Bendera merah dikibarkan selepas jentera pemandu Mercedes, George Russell, dilanggar oleh Pierre Gasly.

AWANI Ringkas: 4,111 aduan pencemaran bagi enam bulan pertama
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Politik | Jazlan ada gangguan psikologi – Mohd Amar
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyifatkanTimbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed mempunyai gangguan psikologi. Ini gara-gara dakwaan Nur Jazlan terhadap menteri dari Pas yang gagal memikul tanggungjawab dalam kerajaan.

Pendapatan | Kelantan perlu pelbagaikan sumber pendapatan selain balak
Aktiviti pembalakan di kawasan Hulu Kelantan akan terus berjalan kerana kerajaan negeri bergantung kepada hasil pembalakan. Menurut Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah beliau bersimpati dengan nasib penduduk Orang Asli di kawasannya yang terjejas dengan masalah pembalakan sejak berpuluh tahun lalu.

Angka kematian ribut Megi di Filipina meningkat ke 121 orang
Jumlah kematian itu termasuk 118 orang di tengah Filipina dan tiga di selatan Filipina - kawasan yang mengalami banjir dan tanah runtuh besar.

Angka kematian bencana tanah runtuh Filipina mencecah 60 orang
Kebanyakan kematian adalah rentetan daripada Taufan Megi iaitu taufan yang terkuat membadai negara kepulauan itu setakat ini.

Ribut Megi landa Filipina, seorang maut, seorang lagi hilang
Sejak dibadai taufan itu pada Ahad, kejadian banjir dan tanah runtuh turut berlaku di beberapa kawasan.

Taiwan bersiap sedia hadapi Taufan Megi hari ini
Perkhidmatan pengangkutan udara dan rel di Taiwan terjejas berikutan kedatangan Taufan Megi yang melanda dari arah pantai timur.