awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribut salji: 32,000 isi rumah terputus bekalan elektrik di Poland

Bernama
Bernama
12/01/2025
15:21 MYT
Ribut salji: 32,000 isi rumah terputus bekalan elektrik di Poland
Pasukan bomba telah bertindak terhadap hampir 1,000 insiden berkaitan cuaca sejak Khamis, termasuk dahan patah, pokok tumbang dan talian elektrik terjejas. - X: @EnergaSA
WARSAW: Kira-kira 32,000 isi rumah di seluruh Poland, terutamanya di wilayah utara, terputus bekalan elektrik akibat ribut salji, lapor Radio Poland pada Ahad, menurut Xinhua.
Secara keseluruhan, pasukan bomba telah bertindak terhadap hampir 1,000 insiden berkaitan cuaca sejak Khamis, termasuk dahan patah, pokok tumbang dan talian elektrik terjejas. Menurut seorang pegawai Pusat Keselamatan Kerajaan, pasukan kecemasan sedang giat berusaha untuk memulihkan bekalan elektrik.
Salji lebat diramalkan berterusan di kawasan timur, selatan dan tengah negara itu dengan kawasan pergunungan dijangka menerima taburan salji paling tinggi.
Gunung Tatra kekal di bawah amaran runtuhan salji tahap dua sehingga 8 malam waktu tempatan. Taman Negara Tatra menasihatkan pelancong untuk lebih berhati-hati, memberi amaran tentang keadaan berbahaya di kawasan altitud tinggi, termasuk timbunan salji tebal dan pembentukan cornice salji akibat angin kencang.
Walaupun keadaan mencabar, Ketua Direktorat Jalan Raya dan Lebuh Raya Kebangsaan Poland memberi jaminan yang semua jalan raya di seluruh Poland tetap boleh dilalui. Lebih 2,300 kenderaan membersihkan salji dan penyelenggaraan dikerah sepanjang malam bagi memastikan perjalanan selamat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan elektrik
#poland
#ribut salji
#Pokok tumbang
#kecemasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan