awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang

Seth Akmal
Seth Akmal
10/02/2026
07:15 MYT
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Sultan Sharafuddin bertitah, pendirian tegas Kerajaan Persekutuan itu selari dengan prinsip yang sentiasa ditekankan oleh baginda. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan dengan pendirian dan ketegasan Kerajaan Persekutuan yang disuarakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berhubung pembinaan rumah ibadat yang dibina tidak mengikut undang-undang.
Sultan Sharafuddin bertitah, pendirian tegas Kerajaan Persekutuan itu selari dengan prinsip yang sentiasa ditekankan oleh baginda, iaitu memastikan setiap pembangunan dilaksanakan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa serta berlandaskan tadbir urus yang baik.
“Pendirian ini ditegaskan sekali lagi oleh Perdana Menteri ketika beliau menghadap Sultan Selangor pada 8 Februari lalu,” titah baginda menerusi kenyataan yang disiarkan oleh Setiausaha Sulit Kanan baginda, Datuk Mohamad Munir Bani pada hari ini.
Baginda turut bertitah supaya pembinaan dan pembangunan rumah-rumah ibadat, khususnya kuil-kuil Hindu, dilaksanakan secara teratur dari segi perundangan dan selaras dengan perancangan bandar yang mampan serta terancang.
Semalam, Anwar menegaskan kerajaan tidak akan memberi keizinan terhadap mana-mana pembinaan rumah ibadat yang tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.
Beliau turut memberi arahan ke atas pihak berkuasa tempatan (PBT) agar mengambil tindakan terhadap rumah ibadat yang sengaja dibina tanpa mengikut jalur hukum yang sah.
Kenyataan sama turut menyatakan baginda telah disembah maklum mengenai statistik pembinaan kuil Hindu tanpa kebenaran di Selangor sehingga 31 Januari lepas.
Sebanyak 687 buah kuil membabitkan 388 buah kuil dibina di atas tanah kerajaan dan 299 pula dibina di atas tanah milik persendirian.
“Jumlah kuil tanpa kebenaran ini adalah tinggi jika dibandingkan dengan populasi masyarakat India beragama Hindu sekitar 11.3 peratus di Selangor,” titah baginda.
Pada masa sama, Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam di Negeri Selangor sentiasa mengambil berat sensitiviti masyarakat berbilang kaum dan agama selaras dengan prinsip toleransi yang menjadi teras keharmonian masyarakat di negerinya.
Baginda bertitah setiap rumah ibadat perlu dibina berdasarkan permohonan yang dibuat dan mendapat kelulusan sah daripada pihak kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta mengikut segala perundangan dan garis panduan yang telah ditetapkan.
“Kerajaan dan PBT pula diingatkan supaya sentiasa meneliti setiap permohonan pembinaan rumah ibadat agar diproses secara telus, adil dan tersusun tanpa mengetepikan peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa.
“Aspek pemantauan juga perlu sentiasa dilakukan oleh pihak berkuasa agar pembinaan rumah ibadat tanpa kebenaran di tanah-tanah kerajaan dan tanah persendirian dapat dibanteras dan dikawal,” titah baginda.
Baginda turut menegaskan agar isu pembinaan kuil tanpa kebenaran ini dapat dihentikan dan dimuktamadkan kerana ia menimbulkan keresahan kepada semua pihak sejak sekian lama dan telah menjejaskan keamanan dan keharmonian masyarakat.


Topic Berkaitan
#Sultan Selangor
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
#ketegasan Kerajaan Persekutuan
#rumah ibadat
#tidak ikut undang-undang
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan