awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dapur Siswa MADANI UMK bantu mahasiswa tangani kos sara hidup
Penganggur ditahan miliki heroin, syabu bernilai lebih RM1,300
Trump mahu Greenland: Eropah beri amaran keras
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribut salji di gunung Everest: Seorang pendaki dilaporkan maut, ratusan dipindahkan

Bernama
Bernama
06/10/2025
13:47 MYT
Ribut salji di gunung Everest: Seorang pendaki dilaporkan maut, ratusan dipindahkan
Hampir 1,000 orang terkandas di kawasan itu selepas ribut salji secara tiba-tiba menutup laluan dan meruntuhkan khemah. - Foto AP
ANKARA: Sekurang-kurangnya seorang pendaki dilaporkan maut selepas ribut salji melanda Tibet dan Qinghai pada hujung minggu lalu manakala operasi menyelamat bagi memindahkan ratusan orang dari cerun timur Gunung Everest masih diteruskan, lapor Anadolu Ajansi yang memetik media China pada Isnin.
Penyiar rasmi China, CCTV melaporkan seorang pendaki meninggal dunia akibat hipotermia dan penyakit altitud pada Ahad di kawasan Laohugou di wilayah Qinghai.
Hampir 1,000 orang terkandas di kawasan itu selepas ribut salji secara tiba-tiba menutup laluan dan meruntuhkan khemah.
Setakat Isnin, seramai 137 individu yang terkandas telah berjaya dipindahkan dalam keadaan stabil, manakala 350 pendaki yang terkandas di khemah induk di cerun timur gunung tertinggi dunia itu telah selamat tiba di pusat penyelamat.
Pihak berkuasa tempatan berkata mereka juga telah berjaya menghubungi lebih 200 individu lain yang dijangka akan dibawa pulang dengan selamat.
Kira-kira 300 anggota penyelamat dengan bantuan dua dron sedang melaksanakan operasi mencari dan menyelamat di kawasan Laohugou, namun salji yang berterusan menjadikan usaha itu "amat mencabar".
Laohugou terletak pada ketinggian lebih 4,000 meter dari paras laut.
Ratusan pendaki turut dilaporkan terkandas di cerun timur Gunung Everest di Tibet pada hujung minggu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ribut salji
#Tibet
#Gunung Everest
#pendaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan