Ribut Tropika Senyar: Indonesia perhebat usaha mencari mangsa selepas banjir, tanah runtuh ragut 69 nyawa

Pasukan penyelamat mengusung mayat mangsa banjir di Malalak, Sumatera Barat, Indonesia. - Foto AP
MEDAN: Pasukan penyelamat Indonesia memperhebat operasi mencari dan menyelamat selepas banjir kilat dan tanah runtuh dicetuskan oleh Ribut Tropika Senyar yang melanda pulau Sumatera mengorbankan sekurang-kurangnya 69 nyawa, manakala 59 lagi masih dilaporkan hilang.
Ringkasan AI
- Banjir kilat dan tanah runtuh di Sumatera mengorbankan sekurang-kurangnya 69 nyawa, dengan 59 orang masih hilang, menyebabkan hampir 5,000 penduduk dipindahkan ke pusat perlindungan kerajaan.
- Operasi mencari mangsa dihalang oleh tanah lumpur tebal, gangguan bekalan elektrik, dan masalah komunikasi, dengan 37 kematian dilaporkan di Sumatera Utara dan 52 penduduk masih belum ditemui.
- Banjir besar melumpuhkan kawasan di Medan dan Padang, sementara pihak berkuasa memberi amaran terhadap risiko tanah runtuh susulan serta menyeru penduduk di kawasan cerun agar berwaspada dan mematuhi arahan pemindahan.
Operasi mencari mangsa giat dijalankan di sungai dan runtuhan kampung, namun usaha itu dihalang oleh tanah lumpur tebal, gangguan bekalan elektrik dan masalah komunikasi.
Jurucakap polis wilayah, Ferry Walintukan, mengesahkan angka kematian meningkat kepada 37 di Sumatera Utara selepas lebih banyak mayat ditemui pada Khamis.
Sementara itu, 52 penduduk masih belum ditemui.
Gambar-gambar dari lokasi menunjukkan anggota penyelamat meredah air banjir dengan berpaut pada tali untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap di rumah mereka.
Beberapa kawasan di Medan dan Padang turut dilaporkan lumpuh akibat banjir besar.
Pihak berkuasa memberi amaran bahawa risiko tanah runtuh susulan masih tinggi, dan menyeru penduduk di kawasan cerun agar berwaspada serta mematuhi arahan pemindahan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


