awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
Penyerang masjid Christchurch gembira dilabel ‘pengganas’, cuba tarik balik pengakuan - Bekas peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Risiko pekerja perkhidmatan penghantaran di Iran

Agensi
Agensi
23/04/2020
14:07 MYT
Risiko pekerja perkhidmatan penghantaran di Iran
Iran merupakan negara yang paling teruk terjejas di Asia Barat, mula membuka lebuh raya antara bandar dan pusat beli-belah utama pada Isnin. - Gambar AP
BAGI sesetengah orang, perkhidmatan penghantaran mungkin mudah. Ambil bungkusan, dan hantar kepada penerima.
Namun kini, dengan majoriti negara mengkuarantin penduduknya, tugasan itu antara yang berisiko dengan potensi dijangkiti COVID-19.
Bagi seorang penghantar di Tehran, Iran, Saeed Vatanparast, dia bimbang dijangkiti virus berkenaan daripada pelanggan atau wang tunai yang diberikan.
“Saya banyak berdepan dengan pelanggan. Hanya Tuhan sahaja yang tahu jika mereka mempunyai virus itu yang mungkin akan menjangkiti saya atau keluarga dan pelanggan lain,” jelasnya.
Ketika ini kebergantungan kepada perkhidmatan penghantaran dari kedai runcit amat tinggi apabila penduduk dikuarantin.
Meskipun berisiko, mereka tiada pilihan lain untuk menampung keperluan hidup.
“Salah seorang daripada rakan kami meninggal dunia kerana wabak ini. Yang lain dikuarantin dan tutup kedai mereka. Dalam keadaan begini, kami tiada pilihan. Ini memang kerja kami. Kami perlu ada di sini, berkhidmat untuk rakyat,” tambah Saeed.
Katanya, dia berusaha sebaik mungkin untuk menggunakan cecair pembasmi kuman dan mencuci tangan dengan kerap.
Malah sebahagian kedai di Tehran turut menggantung pelindung plastik di hadapan kaunter untuk mengurangkan risiko.
Iran merupakan negara yang paling teruk terjejas di Asia Barat, mula membuka lebuh raya antara bandar dan pusat beli-belah utama pada Isnin.
Data Universiti Johns Hopkins merekodkan, Iran merekodkan 84,802 kes positif dengan 5,297 kematian.
Topic Berkaitan
#Asia Barat
#Iran
#koronavirus
#meninggal dunia
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan