awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kesan pemandu Axia baling kon di Plaza Tol LDP
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Robot kewartawanan AP berfungsi sepenuhnya

Astro Awani
Astro Awani
31/01/2015
07:32 MYT
Robot kewartawanan AP berfungsi sepenuhnya
Robot Kewartawanan AP berfungsi sepenuhnya. - Foto AFP
Ini mungkin satu berita yang meresahkan kalangan yang bergelar wartawan.
Saat ekonomi kurang melonjak, The Huffington Post melaporkan, berita yang boleh menggugat kerjaya sebagai pengarang berita.
The Associated Press (AP) pada Selasa menerbitkan sebuah artikel yang tidak mengandungi nama pengarang (byline). Ia bukan satu kesilapan, juga bukan kecuaian di pihak pengarang.
Tetapi penulis cerita itu bukan manusia; ia ditulis oleh robot.
"Cerita ini telah dijana oleh Insights Automatik menggunakan data daripada Zacks Investment Research," tulis nota di bahagian bawah artikel tersebut.
Pada bulan Jun, AP mengumumkan mereka akan mula menggunakan teknologi automasi untuk menulis berita terkini (breaking news) dan laporan pendapatan.
Los Angeles Times (LA Times) telah menggunakan teknologi sama untuk 'memecahkan berita' secara lebih cekap berbanding saluran berita lain.
Menurut kenyataan akhbar daripada Insights Automatik, robot kewartawanan membolehkan AP menerbitkan kira-kira 3,000 berita setiap suku tahun, berbanding 300 sebelumnya.
Penolong Pengarang Bisnes AP, Philana Patterson memberitahu The Verge, kebanyakan cerita yang kini diterbitkan adalah hasil "tanpa campur tangan manusia", atau dalam erti kata lain berita itu terus disalurkan tanpa sebarang suntingan manusia.
"Saya tidak mengharapkan wartawan yang baik untuk tidak ragu-ragu," kata Patterson kepada The Verge.
Tetapi, menurut Insights Automatik, belum ada kehilangan pekerjaan disebabkan oleh pengenalan robot kewartawanan. Walau bagaimanapun, cerita-cerita yang dihasilkan oleh robot "mengandungi jauh lebih sedikit kesilapan" dari yang sebelum ini ditulis oleh manusia.
"Automasi bukan mengenai menggantikan pekerjaan," kata Naib Presiden AP dan Pengarang Urusan, Lou Ferrara.
"Ia sentiasa menjadi cara terbaik kami boleh menggunakan sumber-sumber yang kita ada dalam persekitaran yang pesat berubah dan bagaimana kita menggunakan teknologi untuk menjalankan syarikat kewartawanan yang terbaik di dunia."
Topic Berkaitan
#AP
#robot kewartawanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan