awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ronaldo sumbang RM6.2 juta kepada rakyat Palestin sempena Ramadan

Agensi
Agensi
20/05/2019
06:30 MYT
Ronaldo sumbang RM6.2 juta kepada rakyat Palestin sempena Ramadan
Agensi media Sepanyol melaporkan, biarpun Ronaldo itu tidak menguar-uarkan kerja amalnya, namun ia diketahui menerusi sebaran di media sosial. - Reuters
BINTANG Juventus, Cristiano Ronaldo sekali lagi menunjukkan sokongannya terhadap penduduk Palestin apabila dilaporkan menyumbangkan AS$1.5 juta (RM6.2 juta) menerusi Yayasan Kebajikan Onwadan.
Sumbangan itu dikatakan sebagai tanda prihatin Ronaldo terhadap kesengsaraan penduduk di Gaza yang terus dibedil Israel biarpun di bulan Ramadan.
Agensi media Sepanyol melaporkan, biarpun penyerang Portugal itu tidak menguar-uarkan kerja amalnya, namun ia diketahui menerusi sebaran di media sosial.
Ini bukan kali pertama Ronaldo menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin.
Ronaldo sebelum ini trofi kasut emas yang dimenanginya pada tahun 2012 dan menyumbangkannya untuk pembinaan beberapa buah sekolah di Gaza.
Pemenang lima kali Ballon d'Or itu juga menolak untuk menukar baju dengan pemain Israel selepas perlawanan kelayakan Piala Dunia antara Portugal dan Israel pada tahun 2013.
Ronaldo juga pernah bertemu dengan seorang peminat ciliknya yang terselamat daripada serangan Israel dan menyerahkan kemeja-T istimewa kepadanya.
Tidak cukup dengan itu, Ronaldo juga mendermakan sejumlah besar kepada Yayasan Make-A-Wish dan Palang Merah, dan dia juga memainkan peranan sebagai duta untuk beberapa badan amal, antaranya seperti Save The Children, Unicef ​​and The World Vision.
Topic Berkaitan
#Cristiano Ronaldo
#Gaza
#Israel
#media sosial
#Palestin
#Portugal
#rakyat
#Ramadan
#serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan