awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RSF didakwa bunuh 300 wanita dua hari selepas memasuki El-Fasher, Sudan

Bernama
Bernama
02/11/2025
05:30 MYT
RSF didakwa bunuh 300 wanita dua hari selepas memasuki El-Fasher, Sudan
Pada 26 Okt lalu, RSF merampas kawalan ke atas El-Fasher dan melakukan "pembunuhan beramai-ramai" terhadap orang awam. - Gambar fail/AP
KHARTOUM/ISTANBUL: Menteri Negara bagi Kebajikan Sosial Sudan Salma Ishaq mendakwa kumpulan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) telah membunuh 300 wanita dalam tempoh dua hari pertama selepas memasuki bandar El-Fasher, ibu negeri Darfur Utara di barat Sudan, lapor Anadolu Ajansi.

Ringkasan AI
  • Menteri Sudan mendakwa kumpulan RSF membunuh 300 wanita dalam dua hari pertama selepas menguasai El-Fasher, selain melakukan serangan seksual dan penyeksaan.
  • Jalan El-Fasher-Tawila digelar -jalan maut-; keluarga di bandar itu terus menjadi sasaran keganasan, yang disifatkan sebagai pembersihan etnik sistematik.
  • Pemimpin RSF mengakui berlaku pelanggaran dan menubuhkan jawatankuasa siasatan; perang antara tentera Sudan dan RSF berlarutan sejak April 2023.

Ishaq dalam satu kenyataan berkata wanita-wanita berkenaan turut menjadi mangsa serangan seksual, keganasan dan penyeksaan.
"Mana-mana individu yang meninggalkan El-Fasher menuju ke Tawila (di Darfur Utara) berdepan risiko, kerana jalan El-Fasher-Tawila kini menjadi jalan maut," katanya.
Beliau menambah bahawa masih terdapat keluarga di El-Fasher yang menjadi sasaran penyeksaan, penghinaan dan keganasan seksual.
Menteri itu menegaskan bahawa "apa yang berlaku di El-Fasher merupakan tindakan pembersihan etnik yang sistematik - satu jenayah besar yang melibatkan semua pihak melalui sikap berdiam diri mereka."
Pada 26 Okt lalu, RSF merampas kawalan ke atas El-Fasher dan melakukan "pembunuhan beramai-ramai" terhadap orang awam, menurut pertubuhan tempatan dan antarabangsa, sambil memberi amaran bahawa serangan itu boleh mengukuhkan pembahagian wilayah Sudan secara geografi.
Pada Rabu, pemimpin RSF Mohamed Hamdan Dagalo (Hemedti) mengakui bahawa "pelanggaran" telah berlaku oleh pasukannya di El-Fasher, sambil mendakwa jawatankuasa siasatan telah ditubuhkan.
Tentera Sudan dan RSF telah terlibat dalam peperangan sejak 15 April 2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#umpulan separa tentera
#RSF
#Bunuh wanita
#Sudan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan