awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SpaceX catat untung hampir AS$8 bilion, bakal lancar IPO terbesar tahun ini
Ziarah Seni MADANI Finas, santuni Shamsul Ghau Ghau
Ribuan penganut Hindu sertai perarakan Thaipusam, suasana meriah di pusat bandar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RSF didakwa bunuh sekurang-kurangnya 1,500 orang di el-Fasher, Sudan

Astro Awani
Astro Awani
30/10/2025
00:00 MYT
RSF didakwa bunuh sekurang-kurangnya 1,500 orang di el-Fasher, Sudan
Imej satelit yang dirakam oleh Airbus DS menunjukkan objek di tanah kawasan bekas hospital kanak-kanak yang telah dikuasai Pasukan Sokongan Pantas (RSF) sejak sekian lama di el-Fasher, Sudan. - Foto AP
DUNIA digemparkan dengan laporan pembunuhan beramai-ramai yang didakwa dilakukan oleh Pasukan Sokongan Pantas (RSF) di bandar el-Fasher, Sudan, dengan sekurang-kurangnya 1,500 nyawa terkorban dalam serangan terbaru yang disifatkan sebagai “benar-benar satu pembunuhan beramai-ramai”.

Ringkasan AI
  • Sekurang-kurangnya 1,500 orang terbunuh dalam serangan RSF di el-Fasher, disifatkan sebagai pembunuhan beramai-ramai.
  • Imej satelit menunjukkan objek menyerupai tubuh manusia dan kesan darah; laporan turut mencatat hukuman mati tanpa perbicaraan.
  • Negara Arab dan PBB kecam kekejaman RSF; komuniti antarabangsa digesa bertindak segera demi keadilan dan perlindungan awam.

RSF, sebuah kumpulan paramilitari yang terlibat dalam perang saudara berdarah dengan tentera Sudan sejak 2023, dilaporkan telah menawan el-Fasher, kubu terakhir tentera Sudan di wilayah Darfur.
Penyelidik dari Universiti Yale mendedahkan imej satelit menunjukkan kelompok objek menyerupai tubuh manusia dan kawasan tanah yang berubah warna, dipercayai kesan darah.
Negara-negara Arab termasuk Arab Saudi, Mesir, Qatar, Turkiye dan Jordan mengecam kekejaman RSF, menyifatkan tindakan itu sebagai pelanggaran hak asasi manusia yang amat dahsyat.
Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB turut menerima laporan mengenai pelaksanaan hukuman mati tanpa perbicaraan dan pencabulan serius lain di el-Fasher dan wilayah berdekatan.
Pengambilalihan el-Fasher oleh RSF bukan sahaja meningkatkan kebimbangan terhadap nasib penduduk awam, tetapi juga menandakan fasa baru yang lebih ganas dalam konflik Sudan.
Sehingga kini, perang saudara tersebut telah meragut puluhan ribu nyawa dan menyebabkan lebih 12 juta orang kehilangan tempat tinggal.
PBB dan komuniti antarabangsa digesa untuk bertindak segera bagi menghentikan kekejaman ini dan memastikan keadilan ditegakkan buat mangsa-mangsa yang terkorban.
Topic Berkaitan
#pembunuhan beramai-ramai
#RSF
#perang saudara
#el-Fasher
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan