awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Soraya Borhan juara Penyampai Emas SINAR 2026
Polis tahan warga emas disyaki terlibat kes kematian anjing liar
Agong berkenan rasmi penyempurnaan pemuliharaan BSAS Fasa 1
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ziarah Seni MADANI Finas, santuni Shamsul Ghau Ghau

Bernama
Bernama
31/01/2026
00:10 MYT
Ziarah Seni MADANI Finas, santuni Shamsul Ghau Ghau
Hans Isaac (tengah) menyerahkan sumbangan wang tunai kepada Shamsul Ghau Ghau (kanan), di kediaman pelawak itu di Bandar Baru Bangi, pada Jumaat. Hadir sama, Zed Zaidi. - Gambar Bernama
BANGI: Kunjungan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac ke kediaman pelawak Shamsul Ghau Ghau, di Bandar Baru Bangi, pada Jumaat mencerminkan komitmen Finas untuk sentiasa bersama-sama dengan penggiat industri.
Hans berkata, sumbangan yang diberikan kepada Shamsul semasa program Ziarah Seni MADANI itu bagi membantu penggiat industri seni yang berdepan kesukaran termasuk masalah kesihatan.
"Kita tak tahu bila sahabat-sahabat kita dalam industri akan ditimpa kesusahan atau masalah kesihatan. Jadi tanggungjawab kita adalah untuk ada bersama-sama mereka, bukan hanya ketika berada di puncak, tetapi juga ketika susah.
"Dalam industri ini, tiada beza sama ada dia artis popular, pengarah atau kru, semuanya sama. Tidak ada 'double standard' dalam membantu mereka ... itu tanggungjawab Finas dan kita bersama-sama industri secara holistik," katanya kepada pemberita.
Dalam kunjungan yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri Finas, Rozaidi Abdul Jamil atau Zed Zaidi itu, Hans menyampaikan sumbangan tunai.
Sebelum ini, media melaporkan, Shamsul Ghau Ghau atau nama sebenarnya Shamsul Azahar Aliddin yang juga pelakon, baru selesai menjalani pembedahan membuang darah beku pada otak kiri susulan pendarahan.
Shamsul, 58, menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAA), Serdang.
Isteri Shamsul, Sharifah Azrinah, 52, berkata, suaminya masih memerlukan sokongan rapi khususnya dalam tempoh 90 hari pertama pemulihan seperti dinasihatkan doktor, selain memaklumkan Shamsul turut mengalami kesukaran pertuturan susulan insiden berkenaan.
"Saya amat menghargai keprihatinan Finas serta rakan-rakan industri yang hadir memberi sokongan. Bantuan dan doa mereka sangat bermakna buat kami sekeluarga dalam melalui fasa sukar ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Shamsul Ghau Ghau
#Hans Isaac
#Ziarah Seni MADANI
#darah beku
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan