awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rugi RM7.5 juta, tukang keranda kesal jual meteorit pada harga terlalu murah

Astro Awani
Astro Awani
20/11/2020
04:18 MYT
Rugi RM7.5 juta, tukang keranda kesal jual meteorit pada harga terlalu murah
Batu meteorit itu dianggarkan berusia 4.5 bilion tahun dan diklasifikasikan sebagai CM1/2 karbonat Chondrite. - Gambar TheJakartaPost
SEORANG tukang keranda dari Sumatera Utara, Indonesia menzahirkan rasa kecewa selepas menjual batu dipercayai bongkah meteorit bernilai jutaan dolar pada harga Rp200 juta (kira-kira RM57,660).
Josua Hutagalung, 34, memberitahu, beliau berasa tertipu selepas menjual batu itu kepada pakar meteorit Jared Collins dari Amerika Syarikat pada harga yang jauh lebih murah berbanding nilai sebenar mencecah AS$1.85 juta (RM7.56 juta).
"Sekiranya itu benar, saya telah ditipu dan saya kecewa," ujarnya selepas mengetahui harga sebenar batu itu.
Menurut Josua, dia dijanjikan harga Rp200 juta itu oleh Jared tidak termasuk tambahan Rp14 juta untuk membaiki bumbung rumahnya yang rosak.
"Saya telah menghabiskan semua Rp200 juta hasil daripada menjual batu itu untuk menolong keluarga, anak yatim, membina gereja dan membaiki kubur ibu bapa saya," katanya yang dipetik menerusi laporan The Jakarta Post.
Dalam kejadian pada 1 Ogos lalu, sebuah bongkah batu jatuh menembusi bumbung beranda rumah ketika leka Josua sedang menyiapkan keranda ditempah pelanggan.
BACA: 'Meteorit' tembusi bumbung rumah, tukang keranda jadi jutawan segera
Batu meteorit itu dianggarkan berusia 4.5 bilion tahun dan diklasifikasikan sebagai CM1 / 2 karbonat Chondrite, jenis yang sangat jarang berlaku.
Dalam pada itu, katanya, beliau hanya menjual 1.8 kilogram daripada keseluruhan 2.2 kg batu berkenaan.
Menurutnya, lebihan batu itu diberikan kepada ahli keluarga sebagai kenangan.
"Saya sendiri dapat lima gram, selebihnya saya bagi-bagi ke sanak keluarga. Ada yang dibuat batu cincin.
"Saya tidak akan menjual lebihan batu ini meskipun ditawarkan pada harga yang mahal," tegasnya.
Untuk rekod, tiga serpihan meteorit yang lain dilaporkan dijumpai di kawasan berdekatan ketika batu angkasa itu jatuh pada bulan Ogos lalu, namun satu ditemui di sawah kurang dari 3 kilometer (KM) dari rumah Joshua.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Jakarta
#Indonesia
#Batu
#Batu Meteorit
#Angkasa
#Jual murah
#kecewa
#Tukang keranda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan