awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Myanmar jalankan pilihan raya pertama selepas lima tahun di bawah pemerintahan tentera
Empat warga Sepanyol hilang selepas bot karam di perairan Indonesia
Perniagaan Jepun terjejas akibat pengurangan pelancong China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah Paris Hilton di Malibu musnah dalam kebakaran di Los Angeles

Bernama
Bernama
09/01/2025
09:00 MYT
Rumah Paris Hilton di Malibu musnah dalam kebakaran di Los Angeles
Ini merupakan kawasan kediaman Paris Hilton. Namun, dia tidak tinggal di rumah itu secara tetap kerana ia merupakan antara hartanah miliknya, menurut laporan media berkenaan. - Foto tangkapan layar IG Paris Hilton
NEW YORK: Rumah selebriti terkenal Amerika Syarikat yang juga hos TV, pelakon dan model, Paris Hilton, di Malibu musnah sepenuhnya akibat kebakaran di Daerah Los Angeles, California, lapor agensi berita Rusia TASS memetik media tempatan.
Menurut TMZ, rumah milik bintang itu hangus terbakar.
Paris Hilton tidak tinggal di rumah itu secara tetap kerana ia merupakan antara hartanah miliknya, menurut laporan media berkenaan.
Jabatan bomba California melaporkan, kebakaran tersebut telah memusnahkan kawasan seluas hampir 11,000 hektar dan terus merebak.
View this post on Instagram
A post shared by Paris Hilton (@parishilton)
Kebakaran itu juga memusnahkan lebih 1,000 bangunan dan mengakibatkan sekurang-kurangnya lima kematian. Lebih 175,000 pelanggan elektrik di Daerah Los Angeles masih terputus bekalan elektrik.
Paris Hilton
Paris di laman IG peribadinya turut menasihatkan orang ramai untuk mengambil langkah waspada berhubung kebakaran hutan meluas di Los Angeles. - Sumber foto Reuters
Menurut syarikat perunding cuaca, AccuWeather, kerugian ekonomi akibat kebakaran tersebut dianggarkan antara US$52 bilion hingga US$57 bilion.
Pihak berkuasa tempatan telah meminta bantuan daripada anggota bomba dari daerah jiran serta perkhidmatan kecemasan dari negeri Washington, Oregon dan Nevada.
Namun, tiada satu pun daripada tiga kebakaran utama dapat dikawal sepenuhnya.
Akibatnya, menurut CNN, jumlah kebakaran telah meningkat kepada enam.
Kawasan kebakaran terus mengalami kelembapan rendah, disertai tiupan angin kencang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Paris Hilton
#rumah terbakar di Malibu
#kebakaran Los Angeles
#Jabatan Bomba California
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan