awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dunia 'tidak selamat' susulan tindakan AS keluar dari WHO - Ketua Pengarah WHO
Pendulang berlesen dibenar mendulang emas di Kelantan mulai 21 Januari
Kerajaan berhak tarik balik bantuan jika kemuka maklumat tidak tepat - MOF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumahku kini ladang ganja, wanita UK ini terkejut besar

Agensi
Agensi
26/02/2018
23:22 MYT
Rumahku kini ladang ganja, wanita UK ini terkejut besar
Sebelum memulakan perjalanan, Tanya menyewakan rumahnya kepada satu keluarga, malah turut memberi diskaun kepada mereka.
Terkejut dan terduduk!
Ini mungkin perasaan yang dialami seorang wanita di United Kingdom yang terkejut apabila rumahnya menjadi ‘ladang’ ganja.
Tanya Laverty, 45 tahun, mungkin tersilap langkah apabila menyewakan rumahnya di Wavertree kepada satu keluarga sebelum memulakan perjalanan melancong ke negara-negara Asia bersama teman lelakinya.
Wanita ini merupakan seorang yang terkenal dan pemurah di kejiranannya kerana sering menghidangkan makanan kepada golongan gelandangan.
Namun selepas beberapa lama menikmati percutiannya, Tanya mula berasa pelik apabila penyewa tersebut tidak lagi mendepositkan bayaran sewa bulanan ke dalam akaunnya.
Penemuan mengejutkan ini bermula apabila ibu kepada teman lelakinya datang memeriksa kediaman tersebut dan mengetahui tentang 'ladang' itu serta terus memaklumkannya kepada Tanya.
Menerusi Metro.uk yang memetik laporan Echo, Tanya berkata dia terkejut dan menangis, lantas menyifatkan kejadian itu satu suatu mimpi ngeri buatnya.
Katanya lagi, terdapat hampir 200 pokok ganja yang ditanam di dalam rumahnya dengan anggaran nilai keseluruhan ialah £800,000 (RM4.4 juta).
Kesemua pokok ganja itu sudah dirampas oleh pihak polis Merseyside selepas menerima laporan.
Tambahnya, sebelum memulakan perjalanan pada September lepas, dia menyewakan rumah tersebut kepada satu keluarga dari Korea Selatan, malah turut memberi diskaun kepada mereka.
Lebih parah, Tanya kini memerlukan £10,000 (RM54,514) bagi membaik pulih keseluruhan bahagian dalam rumahnya yang 'rosak' teruk akibat pengubahsuaian yang dibuat penyewa.
Bagi membolehkan rumahnya diselamatkan, Tanya terpaksa meminta bantuan orang ramai, tetapi dia yakin akan menerima pertolongan dari mereka yang prihatin dengan nasibnya.
Topic Berkaitan
#ganja
#ladang
#melancong
#rumah
#sewa
#Tanya Laverty
#United Kingdom
#Wavertree
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan