awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rundingan buntu, Israel tarik balik perunding risikannya di Qatar

Agensi
Agensi
02/12/2023
23:30 MYT
Rundingan buntu, Israel tarik balik perunding risikannya di Qatar
Sebuah aset ketenteraan Israel ditempatkan di sempadan Israel-Gaza di tengah-tengah konflik berterusan di wilayah itu pada Sabtu. - Gambar REUTERS
BAITULMAQDIS: Israel membuat keputusan menarik keluar perunding perisikannya, Mossad dari Qatar iaitu negara yang menjadi perantara usaha gencatan senjata antara Israel-Palestin, selepas rundingan menemui 'jalan buntu'.
"Berikutan tiada jalan keluar yang dicapai dalam rundingan dan atas arahan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu serta Ketua Perkhidmatan Perisikan Mossad, David Barnea, mereka mengarahkan pasukan di Doha untuk kembali ke Israel," kata pejabat Netanyahu dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Sebelum itu, Reuters melaporkan, satu pasukan perkhidmatan perisikan Mossad berada di Doha bagi berbincang dengan Qatar untuk menghentikan sementara pertempuran di Gaza, kata sumber yang diberi taklimat mengenai lawatan itu.
Qatar sebagai ‘orang tengah’ dalam rundingan berkenaan memberi tumpuan pada potensi pembebasan kategori baharu tebusan Israel, selain wanita dan kanak-kanak dan parameter gencatan senjata, yang menurut sumber itu berbeza dengan perjanjian gencatan senjata yang tamat semalam.
Kedua-dua pihak yang bertelagah iaitu Israel dan Hamas dikatakan mempertimbangkan parameter baharu untuk pembebasan tebusan dan gencatan senjata sejak sebelum ia berakhir.
Gencatan senjata yang bermula pada 24 November lalu menyaksikan Hamas membebaskan wanita dan kanak-kanak Israel yang dijadikan tebusan sejak 7 Oktober sebagai pertukaran untuk pembebasan rakyat Palestin termasuk wanita yang ditahan di penjara Israel.
Israel dan Hamas, bagaimanapun, saling menyalahkan satu sama lain atas penamatan gencatan senjata, yang berlangsung seminggu dan dilanjutkan dua kali sebelum pengantara tidak dapat mencari jalan untuk meneruskan lanjutan bagi kali ketiga.
Israel turut menuduh Hamas enggan membebaskan kesemua wanita yang berada dalam tawanannya. - Agensi
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#gencatan senjata
#rundingan buntu
#pasukan perisik Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan