awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rundingan AS, Iran 'capai kemajuan' - Pegawai AS

Bernama
Bernama
20/04/2025
04:15 MYT
Rundingan AS, Iran 'capai kemajuan' - Pegawai AS
Trump sebelum ini mengancam akan mengambil tindakan ketenteraan terhadap Iran sekiranya tiada perjanjian baharu dicapai bagi menggantikan perjanjian nuklear 2015 yang dimeterai semasa pentadbiran Obama. - Gambar/ Reuters
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dan Iran "mencapai kemajuan" dalam rundingan secara langsung dan tidak langsung, lapor Anadolu Ajansi memetik kenyataan seorang pegawai AS pada Sabtu.
"Kami bersetuju untuk mengadakan pertemuan semula minggu hadapan dan amat berterima kasih kepada rakan-rakan kami di Oman yang memudahkan rundingan ini serta rakan-rakan di Itali yang menjadi tuan rumah hari ini," kata pegawai itu dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, pusingan kedua rundingan di Rom berlangsung lebih empat jam.
Menteri Luar Iran Abbas Araghchi menyifatkan rundingan itu sebagai "konstruktif dan baik."
Araghchi berkata perbincangan teknikal di peringkat pakar antara kedua-dua pihak di Oman akan bermula pada Rabu, menjelang pusingan seterusnya.
Rundingan nuklear secara tidak langsung yang bermula Sabtu lalu di Muscat tertumpu kepada program nuklear Iran, dengan Oman bertindak sebagai pengantara bagi menyampaikan mesej antara kedua-dua pihak.
Presiden AS Donald Trump sebelum ini mengancam akan mengambil tindakan ketenteraan terhadap Iran sekiranya tiada perjanjian baharu dicapai bagi menggantikan perjanjian nuklear 2015 yang dimeterai semasa pentadbiran Obama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Iran
#Amerika Syarikat
#AS
#program nuklear
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan