Skip to main content

Dunia

Rundingan Israel-Lebanon di Washington bermula positif, kata pegawai AS

An Israeli military vehicle operates by the Israeli‑Lebanese border, in northern Israel, May 14, 2026. REUTERS/Shir Torem
Kenderaan tentera Israel beroperasi di kawasan sempadan Israel-Lebanon, di utara Israel. - Foto REUTERS

WASHINGTON: Hari pertama rundingan antara Israel dan Lebanon di Washington disifatkan sebagai “produktif dan positif”, menurut seorang pegawai kanan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS).

Perbincangan yang dihoskan oleh Washington itu akan diteruskan pada Jumaat, ketika kedua-dua pihak berusaha mencari jalan ke arah keamanan dan kestabilan selepas konflik berpanjangan.

Rundingan ini merupakan antara usaha diplomatik penting untuk meredakan ketegangan antara kedua-dua negara yang secara teknikal masih dalam keadaan peperangan sejak sekian lama.

Ia turut dilihat signifikan kerana menjadi antara pertemuan langsung peringkat tinggi yang jarang diadakan sejak beberapa dekad lalu, dengan penglibatan aktif AS sebagai pengantara.

Antara isu utama yang dijangka dibincangkan termasuk gencatan senjata, keselamatan sempadan, kedaulatan wilayah serta usaha melucutkan senjata kumpulan Hezbollah yang menjadi punca utama ketegangan di sempadan utara Israel.

Rundingan dua hari ini diadakan dalam suasana rapuh berikutan konflik berterusan antara Israel dan Hezbollah, walaupun gencatan senjata sementara telah dicapai sebelum ini.

Setakat ini, tiada perincian mengenai sebarang perjanjian diumumkan, namun kenyataan awal yang positif meningkatkan harapan terhadap kemungkinan kemajuan dalam usaha mencari penyelesaian jangka panjang.
 

 

Must Watch Video