awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Runtuhan salji di Tibet China korbankan lapan orang

Bernama
Bernama
19/01/2023
09:36 MYT
Runtuhan salji di Tibet China korbankan lapan orang
Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang masih berjalan, lapor Agensi Berita Xinhua.- REUTERS
ANKARA: Lapan orang disahkan maut setakat malam Rabu selepas runtuhan salji berlaku di bandar Nyingchi di Wilayah Autonomi Tibet barat daya China, menurut media kerajaan.
Biro keselamatan awam di Daerah Medog Nyingchi menerima panggilan mengenai runtuhan salji di pintu keluar terowong di lebuh raya yang menghubungkan Medog dengan Pad Township di wilayah Mainling pada kira-kira 7.50 malam waktu tempatan (1150GMT) pada Selasa.
Orang ramai dan kenderaan terperangkap dalam kejadian itu, menurut pihak berkuasa perbandaran Nyingchi pada lewat Rabu.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang masih berjalan, lapor Agensi Berita Xinhua.
Menurut media kerajaan Global Times, pihak berkuasa tempatan menghantar 131 orang dan 28 kenderaan ke tempat kejadian.
Satu kumpulan kerja daripada Kementerian Pengurusan Kecemasan China juga dihantar ke Wilayah Autonomi Tibet Barat Daya China, menurut media itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#Tibet
#Runtuhan salji
#operasi mencari dan menyelamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan