awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusia hantar bantuan kemanusiaan ke-32 untuk Gaza

Bernama
Bernama
27/11/2024
13:55 MYT
Rusia hantar bantuan kemanusiaan ke-32 untuk Gaza
Rusia memaklumkan bahawa sebanyak 827 tan bantuan kemanusiaan telah dihantar sejak serangan Israel ke atas wilayah itu bermula pada Oktober 2023. - Reuters
ISTANBUL: Rusia pada Rabu mengumumkan bahawa ia menghantar bantuan kemanusiaan ke-32 ke Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Kementerian Situasi Kecemasan Rusia dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa sebuah penerbangan khas menghantar bantuan kemanusiaan seberat 28 tan ke Mesir, yang terdiri daripada makanan, barangan keperluan dan peralatan pemulihan teknikal.
Kementerian itu berkata wakil Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir kemudiannya akan menyerahkan bantuan kemanusiaan itu kepada penduduk Gaza.
Rusia memaklumkan bahawa sebanyak 827 tan bantuan kemanusiaan telah dihantar sejak serangan Israel ke atas wilayah itu bermula pada Oktober 2023.
Israel telah melancarkan serangan kejam di Semenanjung Gaza yang telah meragut lebih 44,250 nyawa, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak sejak 7 Okt tahun lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rusia
#bantuan kemanusiaan
#Gaza
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan