awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Algeria bakal batal perjanjian perkhidmatan udara dengan UAE
Pasukan Petugas Industri Labuan diberi tempoh tiga bulan kemuka cadangan penyelesaian - Hannah
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusia hasilkan pesawat MC-21, mahu bersaing dengan Airbus, Boeing

Agensi
Agensi
08/06/2016
09:25 MYT
Rusia hasilkan pesawat MC-21, mahu bersaing dengan Airbus, Boeing
Pesawat jet MC-21 dijangka menggantikan model era Soviet, Tupolev Tu-204 dan akan melakukan penerbangan percubaan pertama mereka menjelang akhir tahun ini atau awal 2017. - Foto AFP
Prototaip pesawat MC-21, yang boleh membawa sehingga 211 penumpang, diperkenalkan buat pertama kali di hangar pengeluar pesawat di Irkutsk, Siberia dalam sebuah acara gilang-gemilang yang turut disiarkan di saluran televisyen nasional Rusia.
Perdana Menteri Dmitry Medvedev berkata, pelancaran MC-21 merupakan acara yang lama dinantikan dalam sejarah penerbangan awam negara itu, selain mencatatkan harapan masa depan pembangunan aeronautik serta negara Rusia sendiri, lapor AFP.
“Ini mengesahkan bahawa kami mampu untuk mencipta pesawat yang bukan saja memajukan sektor penerbangan awam malah dapat bersaing dengan negara-negara lain,” ujar Medvede.
Dmitry Medvedev visited the #Irkut Corporation's aviation plant and spoke at the presentation of the MC-21 jet pic.twitter.com/Xtrz5cDso9
— Government of Russia (@GovernmentRF) June 8, 2016
Pesawat jet MC-21 untuk penerbangan jarak sederhana ini dijangka menggantikan model era Soviet, Tupolev Tu-204 dan akan melakukan penerbangan percubaan pertama mereka menjelang akhir tahun ini atau awal 2017.
Pesawat itu dijadual untuk sedia beroperasi sepenuhnya pada penghujung 2018.
Rusia berharap perkembangan itu membolehkannya bersaing dengan Airbus A320 dan Boeing 737, yang kini mendominasi pasaran penerbangan awam antarabangsa.
Pengenalan MC-21 akhirnya dilakukan selepas lima tahun Rusia mengeluarkan pesawat Sukhoi Superjet yang berdepan dengan masalah teknikal.
Agensi penerbangan Rusia telah menghentikan perkhidmatan Superjet pada tahun 2013, berikutan mengenal pasti siri masalah gear pendaratan dan sistem pengesan kebocoran sejak ia mula beroperasi pada 2011.
Topic Berkaitan
#Boeing
#MC-21
#penerbangan awam
#persaingan Airbus
#pesawat
#Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan