DUNIA
Rusia kecam serangan Israel ke atas Iran

Imej satelit kemudahan nuklear Piranshahr di Iran yang disediakan oleh Maxar Technologies. - Foto AP
MOSCOW: Kementerian Luar Rusia mengecam keras serangan berterusan Israel ke atas kemudahan nuklear Iran, menyifatkannya sebagai tidak sah di sisi undang-undang antarabangsa dan satu ancaman serius terhadap keselamatan global.
Ringkasan AI
- Rusia kecam serangan Israel ke atas kemudahan nuklear Iran dan anggap ia melanggar undang-undang antarabangsa serta ancam keselamatan global.
- Moscow puji komitmen Iran terhadap NPT dan gesa konflik nuklear diselesaikan melalui diplomasi, bukan keganasan.
- Rusia tawar diri jadi orang tengah dan cadang simpan uranium Iran di negaranya sebagai langkah membina kepercayaan.
Iran juga menyatakan kesediaan untuk menyambung semula rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) bagi mencari penyelesaian yang boleh diterima bersama.
“Serangan intensif Israel ke atas tapak nuklear Iran yang bersifat aman adalah tidak sah dan mendorong dunia ke arah bencana nuklear,” kata kenyataan itu.
Rusia turut menggesa Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) supaya segera mengemukakan laporan bertulis yang objektif mengenai tahap kerosakan terhadap kemudahan nuklear Iran.
Moscow juga menyatakan kesediaan untuk bertindak sebagai orang tengah dalam konflik ini dan mengulangi cadangan terdahulu untuk menyimpan uranium Iran di Rusia sebagai langkah membina kepercayaan.
Kenyataan ini hadir ketika ketegangan antara Israel dan Iran terus memuncak, dengan kedua-dua pihak melancarkan serangan balas yang mengorbankan ratusan nyawa.
Rusia menegaskan bahawa matlamat non-proliferasi nuklear tidak boleh dicapai melalui keganasan atau tindakan unilateral.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami