awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusia kesan daging kuda dalam sosej

AFP
AFP
28/02/2013
02:29 MYT
Rusia kesan daging kuda dalam sosej
Pihak berkuasa Rusia pada Rabu memaklumkan bahawa mereka telah mengesan kandungan daging kuda dalam satu penghantaran sosej daging babi yang diimport dari Austria. Sekiranya perkara itu benar, ini adalah kes pertama di negara itu yang berkaitan pencemaran daging kuda dalam skandal bahan makanan yang kini merebak ke seluruh Eropah. “Sosej jenis 'frankfurter' yang diuji mendapati terdapat kandungan DNA kuda, ayam, lembu dan soya," kata pemantau pertanian Rusia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan. Gambar-gambar yang disiarkan di laman web pemantau pertanian Rusia menunjukkan sosej yang dibungkus dengan plastik yang dilabel "frankfurter", dengan nama pengeluar sebagai Landhof di Linz dan pengimport dinamakan sebagai sebuah syarikat yang berpangkalan di Moscow. Sosej-sosej itu "tiba dua hari yang lalu dari Austria," Alexei Alexeyenko, pembantu ketua pemantau, memberitahu agensi berita AFP. "Penghantaran tersebut melebihi berat 20 tan," katanya, sambil menambah bahawa syarikat yang membekalkan daging itu telah disingkirkan daripada senarai pembekal di Rusia, Kazakhstan dan Belarus. "Ini adalah produk import palsu, perkara sama yang sedang berlaku di Kesatuan Eropah," kata Alexeyenko, pembantu kepada ketua pemantau, Sergei Dankvert. "Sumber daging ini tidak diketahui," beliau berkata, sambil tidak menolak kemungkinan bahawa daging haiwan yang sakit dan tua mungkin telah digunakan. Daging tercemar terbabit sama ada akan dibuang atau dipulangkan kepada pembekal, katanya.
Topic Berkaitan
#austria
#daging kuda
#Moscow
#Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan