awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusia nafi terlibat dalam serangan siber ke atas Ukraine - Duta Rusia ke AS

Bernama
Bernama
19/02/2022
05:55 MYT
Rusia nafi terlibat dalam serangan siber ke atas Ukraine - Duta Rusia ke AS
Rusia menegaskan pihaknya tidak terlibat dalam kejadian itu dan tidak menjalankan sebarang operasi berniat jahat di alam siber. - Gambar hiasan
WASHINGTON: Rusia menolak tuduhan Amerika Syarikat (AS) sambil menegaskan Moscow tidak terlibat dalam serangan siber ke atas bank Ukraine baru-baru ini, menurut Kedutaan Rusia ke AS.
Timbalan Penasihat Keselamatan Negara bagi Teknologi Siber dan Baharu Anne Neuberger pada Jumaat berkata, pentadbiran Presiden Joe Biden percaya, kejadian terbaharu membabitkan penggodam siber Rusia menyasarkan entiti kerajaan Ukraine, termasuk kementerian pertahanan negara itu, lapor agensi berita Sputnik.
"Kami secara mutlak menolak tuduhan tidak berasas pentadbiran (AS) dan menegaskan bahawa Rusia tidak terlibat dalam kejadian itu dan tidak menjalankan sebarang operasi berniat jahat di alam siber," menurut kedutaan menerusi ciapan Twitternya.
Berikutan itu, kedutaan Rusia menyifatkan kenyataan Neuberger sebagai anti-Rusia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rusia
#Ukraine
#kedutaan
#serangan siber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan