awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusia, negara paling dipercayai sebagai pengeluar vaksin COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
25/03/2021
14:44 MYT
Rusia, negara paling dipercayai sebagai pengeluar vaksin COVID-19
Menurut kenyataan Dana Pelaburan Langsung Rusia (RDIF), responden juga rela disuntik vaksin Sputnik-V keluaran Rusia selepas Pfizer-BioNTech. - Gambar hiasan
MOSCOW: Dana Pelaburan Langsung Rusia (RDIF) mendedahkan 54 peratus daripada 9,417 responden dari sembilan negara seluruh dunia memilih negara itu sebagai pengeluar vaksin COVID-19 paling dipercayai.
Dalam kenyataan RDIF pada Rabu, perolehan itu didapati dari satu kajian yang dijalankan oleh badan penyelidikan YouGov.
Selepas Rusia, ia disusuli Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK), masing-masing di tangga kedua dan ketiga.
Dalam kajian berkenaan, vaksin Sputnik V keluaran Rusia juga didapati sebagai vaksin COVID-19 yang paling dikenali dalam kalangan responden iaitu dalam anggaran 7 per 10 atau 74 peratus responden mengenalinya.
Jelas RDIF, vaksin jenis ini juga antara vaksin yang menjadi pilihan penerima selepas Pfizer-BioNTech.
Kajian itu dilaksana sejak 18 Februari sehingga 3 March lalu oleh YouGov iaitu sebuah badan penyelidikan yang berpengkalan di United Kingdom.
YouGov juga dikenaili sebagai syarikat kajian pasaran dan analitik data di Asia, Latin Amerika, Timur Tengah, Utara Afrika dan Eropah.
Responden yang menyertai kajian itu terdiri dari pelbagai negara termasuk India, Brazil, Mexico, Filipina, Vietnam, Argentina, Algeria, Arab Saudi dan Serbia.
Topic Berkaitan
#pandemik
#COVID-19
#vaksin COVID-19
#YouGov
#Dana Pelaburan Langsung Rusia RDIF
#Sputnik-V
#Pfizer-BioNTech
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan