MOSCOW: Rusia bersedia membantu mengatasi krisis keselamatan makanan global jika sekatan yang dikenakan berikutan konflik dengan Ukraine ditarik balik, lapor Anadolu Agency, memetik kenyataan Pejabat Presiden.
"Vladimir Putin menegaskan bahawa Rusia bersedia memberi sumbangan besar untuk mengatasi krisis makanan melalui eksport bijirin dan baja, dengan syarat sekatan bermotifkan politik ditarik balik," kata Putin dalam perbualan telefon dengan Perdana Menteri Itali, Mario Draghi.
Pemimpin Rusia itu berkata rantaian bekalan terjejas kerana sekatan yang dikenakan ke atas Rusia mengakses sistem logistik dan kewangan global, menjadikannya mustahil untuk mengangkut makanan, baja dan menjalankan transaksi kewangan.
"Pihak Rusia turut mengesahkan hasratnya untuk terus memastikan bekalan gas asli ke Itali tidak terganggu dan mengikut harga ditetapkan dalam kontrak," menurut kenyataan itu.
Barat telah mengenakan pelbagai sekatan ke atas Rusia berikutan operasi ketenteraan yang dilancarkan terhadap Ukraine pada 24 Feb lalu.
Selain kematian dan penghijrahan berjuta-juta orang, konflik itu juga menyebabkan gangguan kepada rantaian bekalan makanan dunia kerana kedua-dua negara adalah pengeksport utama dunia produk gandum, pati minyak yang digunakan untuk memasak selain jagung dan baja mineral.
Pada sidang akhbar di Rom, Draghi berkata beliau memutuskan untuk menghubungi Putin kerana krisis makanan yang berlaku akibat konflik Rusia-Ukraine.
Draghi berkata inisiatif pertama adalah untuk bekerjasama membuka semula sekatan pelabuhan di Laut Hitam yang kini dihalang tentera Rusia.
Meskipun masih belum jelas sama ada percubaan itu akan membuahkan hasil, menurutnya terdapat ruang rundingan dan mungkin akan menghubungi Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy bagi berbincang sama ada beliau bersetuju untuk bersama-sama memastikan usaha ini berjaya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 27 2022
Vladimir Putin menegaskan bahawa Rusia bersedia memberi sumbangan besar untuk mengatasi krisis makanan melalui eksport bijirin dan baja. - AP
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
Bashar al-Assad umum letak jawatan dan tinggalkan Syria - Rusia
Bashar al-Assad, pemimpin rejim Baath Syria yang digulingkan memutuskan untuk meletak jawatan dan meninggalkan negara itu.
Rusia tutup konsulat Poland di St Petersburg
Tiga diplomat dari Konsulat Poland turut diisytiharkan sebagai 'persona non grata' dan diminta meninggalkan Rusia.
Serangan Rusia di Ukraine ragut 9 nyawa, 20 cedera
Rakaman di lokasi turut menunjukkan api marak dari bangunan yang musnah bersama beberapa kereta yang terbakar dengan mayat di dalamnya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Rusia tangguhkan World Friendship Games
Rusia menangguhkan penganjuran World Friendship Games, saingan kepada Olimpik, tanpa menetapkan tempoh baharu, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Zelensky kemuka syarat baharu gencatan senjata, Moscow berdiam diri
Zelensky menyuarakan kesediaannya untuk menamatkan fasa "panas" konflik dengan Rusia sekiranya keanggotaan Ukraine dalam NATO dipercepat.
Rusia serang infrastruktur tenaga Ukraine, jutaan terjejas
Serangan tersebut adalah tindak balas terhadap penggunaan peluru berpandu jarak sederhana (ATACMS) oleh Ukraine, yang dibekalkan AS.
Sekatan terhadap Rusia: Syarikat tempatan dinasihat berhati-hati - Mohamad Hasan
Kerajaan memberi peringatan kepada syarikat pengeluar tempatan supaya mengelakkan terkesan dengan sekatan dikenakan oleh AS ke atas Rusia.