awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MBSB IB jangka pertumbuhan ekonomi Malaysia 4.3 peratus pada 2026
Zelenskyy lantik ketua risikan tentera terajui pentadbiran Presiden dalam rombakan besar
Trump rancang ubah suai ‘padang golf Presiden’ walaupun belum pernah bermain di situ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusia sekat panggilan di WhatsApp dan Telegram

Bernama
Bernama
14/08/2025
09:20 MYT
Rusia sekat panggilan di WhatsApp dan Telegram
Kementerian Digital di Moscow memaklumkan sekatan akan ditarik balik sekiranya penyedia aplikasi itu mematuhi undang-undang Rusia.
MOSCOW: Rusia mengehadkan perkhidmatan panggilan melalui aplikasi pemesejan WhatsApp dan Telegram, yang didakwa bagi melindungi negara daripada ancaman pengganas dan penipuan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ringkasan AI
  • Rusia mengehadkan panggilan suara melalui WhatsApp dan Telegram atas alasan keselamatan, termasuk dakwaan penyalahgunaan oleh pengganas dan penipu.
  • Sekatan ini turut menjejaskan panggilan video, dan hanya akan ditarik balik jika penyedia aplikasi mematuhi undang-undang Rusia.
  • WhatsApp dan Telegram dijangka digantikan oleh aplikasi tempatan bernama Max, di tengah-tengah ketegangan antara kerajaan Rusia dan syarikat teknologi asing.

Pihak berkuasa telekomunikasi Rusia, Roskomnadzor dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan bahawa sekatan dikenakan terhadap panggilan suara.
Namun, pengguna di Rusia melaporkan kepada laman pemantau gangguan perkhidmatan, Downdetector, bahawa panggilan video turut terjejas.
Perkhidmatan panggilan aplikasi itu didakwa digunakan untuk "menipu rakyat Rusia, memeras wang, serta melibatkan mereka dalam kegiatan sabotaj atau pengganas."
Menurut agensi itu, perkhidmatan perisikan Ukraine juga didakwa menggunakannya untuk membuat hubungan di Rusia.
Kementerian Digital di Moscow memaklumkan sekatan akan ditarik balik sekiranya penyedia aplikasi itu mematuhi undang-undang Rusia.
Seperti Facebook dan Instagram, WhatsApp dimiliki oleh syarikat Amerika Syarikat, Meta, milik Mark Zuckerberg, yang enggan berkongsi data dengan pihak berkuasa Rusia.
Telegram pula dibangunkan oleh rakyat Rusia, Pavel Durov, namun turut berdepan tuduhan di Rusia dan negara lain kerana tidak mengambil tindakan mencukupi terhadap pengguna yang terlibat dalam kegiatan jenayah.
Aplikasi pemesejan itu dijangka digantikan oleh aplikasi tempatan bernama Max.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rusia
#voice call
#WhatsApp
#Telegram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan