awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transaksi pegawai kanan ATM: Saksi berkemungkinan dipanggil esok - Azam Baki
Russell Brand berdepan dua pertuduhan baharu rogol, serangan seksual di UK
Mesir pasang semula bot purba Firaun di muzium baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusia tangguh pemeriksaan AS terhadap tapak senjata nuklearnya di bawah New START

Bernama
Bernama
09/08/2022
05:39 MYT
Rusia tangguh pemeriksaan AS terhadap tapak senjata nuklearnya di bawah New START
Rusia memaklumkan kepada AS melalui saluran diplomatik bahawa Moscow mengecualikan sementara kemudahannya daripada pemeriksaan. - Reuters
MOSCOW: Rusia memaklumkan kepada Amerika Syarikat (AS) pada Isnin bahawa ia menangguhkan sementara pemeriksaan AS ke atas tapak senjata nuklearnya di bawah Perjanjian 2010 mengenai Langkah-Langkah Pengurangan Lanjut dan Had Penggunaan Senjata Strategik (New START).
"Pada 8 Ogos 2022, Rusia secara rasmi memaklumkan kepada Amerika Syarikat melalui saluran diplomatik bahawa Moscow mengecualikan sementara kemudahannya daripada pemeriksaan di bawah Perjanjian New START.
"Ia juga meliputi 'kemudahan yang boleh digunakan untuk demonstrasi' di bawah perjanjian itu," menurut Kementerian Luar Rusia dalam satu kenyataan.
Kenyataan itu menegaskan bahawa langkah-langkah itu hanya bersifat "sementara," lapor Agensi Anadolu.
Ia menambah bahawa pengecualian itu akan dibatalkan serta-merta sekiranya terdapat "masalah dan isu berbangkit mengenai penyambungan semula aktiviti pemeriksaan di bawah perjanjian itu."
Perjanjian Strategik Pengurangan Senjata pertama, START I, telah ditandatangani pada 1991 antara AS dan USSR di saat terdapat beribu-ribu peledak nuklear dan perjanjian itu berkuat kuasa pada 1994.
Pada 2010, bekas Presiden AS Barack Obama dan bekas Presiden Rusia Dmitry Medvedev menandatangani perjanjian baharu dipanggil New START yang menetapkan had tidak lebih daripada 1,550 peledak digunakan dan 700 peluru berpandu, termasuk menjalankan pemeriksaan untuk mengesahkan pematuhan perjanjian itu.
Beberapa hari sebelum perjanjian itu tamat tempoh pada 5 Feb 2021, kedua-dua negara bersetuju untuk melanjutkannya bagi tempoh lima tahun lagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rusia
#Amerika Syarikat
#tapak senjata nuklear
#pemeriksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan