Skip to main content

Dunia

[TERKINI] Trump umum operasi sekatan Selat Hormuz

President Donald Trump arrives from the Blue Room to speak about the Iran war from the Cross Hall of the White House on Wednesday, April 1, 2026, in Washington. (AP Photo/Alex Brandon, Pool)
Trump berkata Tentera Laut Amerika Syarikat akan memulakan proses menyekat semua kapal yang cuba memasuki atau keluar dari selat tersebut. - Gambar fail/AP

PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump, mengumumkan satu operasi ketenteraan laut berskala besar yang menyasarkan Selat Hormuz.

Dalam kenyataan di media sosial pada Ahad, Trump berkata Tentera Laut Amerika Syarikat akan memulakan proses menyekat semua kapal yang cuba memasuki atau keluar dari selat tersebut, sambil menyifatkan angkatan laut negaranya sebagai 'yang terbaik di dunia'.

Advertisement

Beliau bagaimanapun memberi bayangan sekatan itu mungkin bersifat sementara, dengan menyatakan bahawa keadaan boleh kembali kepada situasi normal.

Trump turut mengarahkan tenteranya untuk memintas mana-mana kapal di perairan antarabangsa yang didakwa telah membayar tol kepada Iran, sambil memberi amaran bahawa tiada kapal sedemikian akan dibenarkan melalui dengan selamat.

“Saya juga telah memberi arahan kepada Tentera Laut kita untuk mengesan dan menyekat setiap kapal di Perairan Antarabangsa yang telah membayar tol kepada Iran," jelasnya.

Selain itu, beliau menyatakan tentera laut akan memusnahkan periuk api yang didakwa dipasang oleh Iran di selat berkenaan, dan memberi amaran keras akan membalas serangan oleh pihak Iran dengan tindakan ketenteraan tegas.

“Tiada pihak yang membayar tol haram akan memperoleh laluan selamat di laut lepas. Kami juga akan mula memusnahkan periuk api yang dipasang oleh pihak Iran di Selat tersebut.

"Mana-mana warga Iran yang melepaskan tembakan ke arah kita, atau ke arah kapal-kapal awam, akan dibinasakan sepenuhnya," jelasnya.

Must Watch Video