MOSCOW: Parlimen Rusia menetapkan pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 17 Mac 2024, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Presiden Rusia Vladimir Putin dijangka mengumumkan pencalonannya tidak lama lagi.
Sejak beberapa hari kebelakangan ini, televisyen negara menyiarkan program yang memperlihatkan rakyat bersumpah setia terhadap pemimpin Kremlin berusia 71 tahun itu dan berjanji untuk mengundinya dalam pencalonan kelimanya.
Putin telah mengubah Perlembagaan secara khusus supaya beliau boleh bertanding semula. Jika dipilih semula, beliau boleh kekal memegang jawatan itu sehingga 2030 dan bertanding semula pada 2036.
Tempat mengundi akan dibuka selama tiga hari, menurut ketua Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat Ella Pamfilova.
Pengundian di wilayah yang diduduki Rusia di Ukraine, Kherson, Zaporizhzhya, Donetsk dan Luhansk akan diputuskan kemudian.
Kremlin menjangkakan Putin akan memperoleh kemenangan besar.
Pada undian 2018, Putin memperoleh 76.69 peratus undi.
Ahli politik pembangkang liberal Grigory Yavlinsky yang menggesa gencatan senjata di Ukraine dan rundingan damai, mengumumkan kesediaannya untuk bertanding sekali lagi.
Bagaimanapun, pemimpin berusia 71 tahun itu menetapkan prasyarat mengumpul sekurang-kurangnya 10 juta tandatangan sokongan sebelum memutuskan untuk bertanding.
Dengan kira-kira 20,000 tandatangan setakat ini, beliau masih jauh untuk merealisasikannya.
Pada pilihan raya 2018, beliau menerima 1.05 peratus undi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 07 2023
Parlimen Rusia menetapkan pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 17 Mac 2024. - Foto AP
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
Bashar al-Assad umum letak jawatan dan tinggalkan Syria - Rusia
Bashar al-Assad, pemimpin rejim Baath Syria yang digulingkan memutuskan untuk meletak jawatan dan meninggalkan negara itu.
Rusia tutup konsulat Poland di St Petersburg
Tiga diplomat dari Konsulat Poland turut diisytiharkan sebagai 'persona non grata' dan diminta meninggalkan Rusia.
Serangan Rusia di Ukraine ragut 9 nyawa, 20 cedera
Rakaman di lokasi turut menunjukkan api marak dari bangunan yang musnah bersama beberapa kereta yang terbakar dengan mayat di dalamnya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Rusia tangguhkan World Friendship Games
Rusia menangguhkan penganjuran World Friendship Games, saingan kepada Olimpik, tanpa menetapkan tempoh baharu, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Zelensky kemuka syarat baharu gencatan senjata, Moscow berdiam diri
Zelensky menyuarakan kesediaannya untuk menamatkan fasa "panas" konflik dengan Rusia sekiranya keanggotaan Ukraine dalam NATO dipercepat.
Rusia serang infrastruktur tenaga Ukraine, jutaan terjejas
Serangan tersebut adalah tindak balas terhadap penggunaan peluru berpandu jarak sederhana (ATACMS) oleh Ukraine, yang dibekalkan AS.