Rusia ‘tidak boleh sabotaj’ usaha diplomasi AS - Zelenskyy

Menurut Zelenskyy, Kyiv percaya Washington mahu mencapai persetujuan muktamad dan Ukraine akan memberikan kerjasama penuh ke arah matlamat tersebut. - Gambar fail AP
KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menegaskan, Rusia tidak boleh menggagalkan usaha diplomasi Amerika Syarikat (AS) dalam mencari penyelesaian konflik yang berlarutan.
Menurut Zelenskyy, Kyiv percaya Washington mahu mencapai persetujuan muktamad dan Ukraine akan memberikan kerjasama penuh ke arah matlamat tersebut.
“Perkara utama ialah Rusia mesti mengambil usaha diplomasi ini dengan serius 100 peratus dan tidak mensabotajnya,” tulis Zelenskyy di platform X.
“Jika tidak, tekanan tambahan terhadap Rusia perlu dilaksanakan. Dunia mempunyai semua instrumen yang diperlukan untuk memastikan tekanan itu berkesan dan keamanan dapat dicapai,” katanya. - Agensi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


