[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
INTERNATIONAL

Rusuhan bola sepak: Netizen desak FIFA ambil tindakan terhadap Indonesia

Fareez Azman 05/09/2019 | 23:59 MYT
Kawasan penyokong Malaysia dilontar suar oleh penyokong tuan rumah. -Video tular
SUSULAN kekecohan di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta malam tadi, kalangan netizen mendesak agar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengambil tindakan terhadap Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI).
Dalam aksi sulung pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023 pada Khamis malam itu, seorang penyokong Harimau Malaya dilapor cedera akibat tindakan agresif penyokong tuan rumah Indonesia.
Bukan hanya kata-kata kesat dilemparkan, malah penyokong tuan rumah turut membaling batu, besi, botol dan suar setelah tidak dapat menerima kekalahan Garuda di tangan Harimau Malaya di tempat sendiri.
Tindakan itu ternyata membuatkan netizen berang apabila beberapa video aksi tidak bertanggungjawab itu tular di laman sosial sejak Khamis malam.
Turut sama menyaksikan kejadian Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berada di stadium bersama penyokong.
BACA: Syed Saddiq sahkan penyokong Harimau Malaya dibaling besi, suar
BACA: Harimau Malaya naik Barracuda selepas benam Garuda
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kejadian rusuhan malam tadi bukan kali pertama berlaku terhadap skuad negara mahupun penyokong Malaysia setiap kali berkunjung di Stadium Gelora Bung Karno.
Pada tahun 2010, skuad Harimau Malaya pernah melalui pengalaman sama selepas dikepung dan dibaling objek keras ketika menjulang piala AFF 2010 menewaskan Indonesia 4-2.
Manakala pada Sukan SEA 2011 pula, situasi sama berlaku apabila skuad negara dibawa menaiki kereta perisai Barracuda selepas berdepan provokasi penyokong tuan rumah.
Setakat ini, tiada sebarang maklum balas daripada FIFA berhubung perkara ini.
#Agressif #Baling #Batu #besi #botol #FIFA #Gelora Bung Karno #harimau Malaya #Harimau Malaysia #Jakarta #Malaysia #menteri #penyokong #serang #Suar #tindakan #Twitter #World Cup 2022