awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusuhan di Kazakhstan: Lebih 164 maut, 6,000 ditahan pihak berkuasa

Astro Awani
Astro Awani
09/01/2022
15:51 MYT
Rusuhan di Kazakhstan: Lebih 164 maut, 6,000 ditahan pihak berkuasa
Demonstrasi yang tercetus oleh kenaikan harga bahan api, bertukar menjadi rusuhan besar apabila ia merebak ke seluruh negara. - Gambar/ AP
SEKURANG-kurangnya 164 orang maut di Kazakhstan ketika protes antikerajaan bertukar ganas, menurut laporan media yang memetik pegawai kesihatan.
BBC melaporkan, jika bilangan itu disahkan ia adalah peningkatan mendadak daripada angka sebelumnya iaitu 44 kematian.
Hampir 6,000 orang telah ditangkap, termasuk 'sebilangan besar warga asing', kata Pejabat Presiden Kazakhstan pada Ahad.
Demonstrasi yang tercetus oleh kenaikan harga bahan api, bertukar menjadi rusuhan besar apabila ia merebak ke seluruh negara.
Tunjuk perasaan itu bermula pada 2 Januari dan pantas merebak, mencerminkan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan dan bekas Presiden Nursultan Nazarbayev, yang memimpin Kazakhstan selama tiga dekad dan masih dikatakan mempunyai pengaruh kuat.
Minggu lalu, pasukan tentera dari beberapa negara termasuk Rusia dihantar ke Kazakhstan untuk membantu memulihkan keadaan.
Terbaharu, kenyataan presiden memberitahu bahawa keadaan di negara itu telah stabil, dengan tentera meneruskan 'operasi pembersihan' dan mengawal 'kemudahan strategik'.
Perintah darurat dan berkurung di seluruh negara bagaimanapun masih dikekalkan.
Topic Berkaitan
#Kazakhstan
#rusuhan di kazakhstan
#angka korban
#antikerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan