DUNIA
Rusuhan Indonesia: 20 individu dilapor hilang susulan demonstrasi berdarah

Demonstrasi yang tercetus akibat kemarahan terhadap elaun mewah wakil rakyat dan langkah penjimatan kerajaan telah merebak ke seluruh negara, termasuk Jakarta, Bandung, Depok dan beberapa bandar lain di Pulau Jawa. -Gambar fail/AP
JAKARTA: Sekurang-kurangnya 20 individu dilaporkan hilang dalam siri demonstrasi besar-besaran yang melanda Indonesia sejak 25 Ogos lalu, menurut kenyataan rasmi daripada Komisi untuk Orang Hilang dan Korban Tindak Kekerasan (KontraS).
Ringkasan AI
- Sekurang-kurangnya 20 individu masih hilang dalam demonstrasi besar-besaran di Indonesia sejak 25 Ogos, menurut KontraS.
- Demonstrasi tercetus akibat isu elaun mewah wakil rakyat dan langkah penjimatan kerajaan, menyebabkan enam kematian dan lebih 1,240 tangkapan.
- Presiden Prabowo arah siasatan terhadap kematian penunjuk perasaan dan tujuh anggota polis ditahan untuk siasatan lanjut.
Insiden ini berlaku dalam suasana tegang yang turut menyaksikan sekurang-kurangnya enam kematian, termasuk seorang penghantar makanan berusia 21 tahun, Affan Kurniawan, yang dilanggar kenderaan polis semasa demonstrasi di Jakarta.
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, yang berdepan tekanan awam dan antarabangsa, telah mengarahkan siasatan terhadap kematian Affan dan berjanji untuk membantu keluarganya.
Polis Indonesia setakat ini telah menahan lebih 1,240 individu di sekitar Jakarta sejak 25 Ogos, menurut laporan media tempatan yang memetik kenyataan Inspektor Jeneral Asep Edi Suheri dari Polis Metropolitan Jakarta.
Tujuh anggota polis telah ditahan untuk siasatan lanjut, termasuk dua yang didakwa melakukan kesalahan jenayah.
Demonstrasi dijangka berterusan dengan pelbagai kumpulan masyarakat sivil, termasuk gabungan wanita, merancang untuk berhimpun di hadapan bangunan parlimen dalam masa terdekat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami