awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesihatan Tun Mahathir positif selepas dua minggu terima rawatan di IJN
PM arah laporan proses pelaksanaan RPN 2026-2035 dikemuka mulai Mac ini
10 politeknik dinaik taraf, pendidikan percuma diperluas - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusuhan Indonesia: Komander Batalion Brimob terlibat kematian Affan Kurniawan dibicara hari ini

Astro Awani
Astro Awani
03/09/2025
03:30 MYT
Rusuhan Indonesia: Komander Batalion Brimob terlibat kematian Affan Kurniawan dibicara hari ini
Antara yang dibicarakan pada Rabu ialah Komander Batalion (Danyon) Rejimen 4 Korbrimob, Cosmas Kaju Gae oleh Suruhanjaya Kod Etika Polis. - Foto/Tangkap layar CNN Indonesia
KUALA LUMPUR: Beberapa anggota Polis Indonesia akan menjalani perbicaraan tatatertib bermula hari ini, berhubung kematian penunggang motosikal e-hailing (Ojol), Affan Kurniawan, selepas dirempuh kenderaan taktikal milik Brimob di Jakarta, baru-baru ini.
Memetik laporan CNN Indonesia, antara yang dibicarakan pada Rabu ialah Komander Batalion (Danyon) Rejimen 4 Korbrimob, Cosmas Kaju Gae oleh Suruhanjaya Kod Etika Polis (KKEP).
Ketua Bahagian Profesionalisme dan Keselamatan (Propam) Polis Indonesia, Brigedier Jeneral Agus Wijayanto berkata, tindakan Cosmas diklasifikasikan sebagai pelanggaran berat.
“Perbicaraan bagi kategori berat telah dijalankan pada Rabu, 3 September 2025 terhadap tertuduh Kompol,” katanya memetik laporan tersebut.
Seorang lagi anggota, Bripka Rohmat, yang memandu kenderaan taktikal semasa kejadian, dijadualkan menjalani perbicaraan pada Khamis (4 September), juga atas kesalahan berat.
Lima lagi anggota yang terlibat iaitu Aipda M Rohyani, Briptu Danang, Briptu Mardin, Baraka Jana Edi dan Baraka Yohanes David, dijadual dibicarakan dalam masa terdekat atas kesalahan kategori sederhana.
Affan Kurniawan, 21, dilaporkan dilanggar dan digilis oleh kenderaan taktikal milik Brimob di kawasan Pejompongan, Jakarta Pusat, dalam satu demonstrasi di Jakarta hujung bulan lalu.
Susulan kejadian itu, Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, menegaskan, anggota polis yang terlibat dalam kematian Affan, akan menerima hukuman berat.
Beliau memberi jaminan akan mengambil tindakan tegas terhadap anggota terbabit dan meminta semua pihak yang terlibat bertanggungjawab atas insiden tersebut.
Topic Berkaitan
#Affan Kurniawan
#Protes Indonesia
#rusuhan Indonesia
#Polis langgar Affan dibicara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan