DUNIA
Rusuhan Indonesia: Mangsa protes terima bantuan sehingga RM3,800

Gus Ipul menegaskan semua mangsa, sama ada orang awam atau petugas, akan menerima bantuan tanpa diskriminasi. -Gambar hiasan/AP
JAKARTA: Kementerian Sosial Indonesia (Kemensos) akan menyalurkan bantuan sosial (bansos) kepada mangsa demonstrasi yang berlaku baru-baru ini.
Ringkasan AI
- Kemensos Indonesia salur bantuan sosial kepada mangsa demonstrasi, termasuk Rp15 juta kepada waris mangsa maut dan Rp5 juta kepada mangsa cedera serius.
- Bantuan tambahan seperti rehabilitasi sosial dan pemberdayaan akan dipertimbangkan mengikut keperluan mangsa dan keluarga.
- Semua mangsa, termasuk orang awam dan petugas keselamatan, akan menerima bantuan tanpa diskriminasi sebagai langkah pemulihan sosial.
“Kalau meninggal dunia bantuan kepada waris sebanyak Rp15 juta, untuk luka-luka berat Rp5 juta,” katanya kepada media di Kompleks Istana Kepresidenan, Jakarta, hari ini.
Penyaluran bantuan telah bermula sejak semalam di beberapa lokasi demonstrasi seperti Makassar dan Yogyakarta.
Gus Ipul turut memaklumkan bahawa bantuan tambahan seperti rehabilitasi sosial dan pemberdayaan akan dipertimbangkan berdasarkan keperluan mangsa dan keluarga mereka.
Setakat ini, Kemensos merekodkan tujuh kematian dan sembilan kecederaan berat dalam kalangan orang awam, manakala enam anggota keselamatan masih dirawat di hospital.
Gus Ipul menegaskan semua mangsa, sama ada orang awam atau petugas, akan menerima bantuan tanpa diskriminasi.
“Dua-duanya adalah korban. Kita tidak boleh bezakan antara masyarakat dan petugas,” katanya.
Langkah ini dilihat sebagai usaha awal pemulihan sosial oleh kerajaan Indonesia susulan gelombang protes yang tercetus sejak 25 Ogos lalu, termasuk insiden tragis melibatkan kematian penunggang motosikal penghantaran, Affan Kurniawan, yang dirempuh kenderaan taktikal polis.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami