DUNIA
Rusuhan Indonesia: Pegawai polis terlibat insiden rempuhan maut Affan Kurniawan dipecat

Cosmas berada di dalam kenderaan taktikal yang merempuh dan menggilis mangsa, Affan Kurniawan, 21, ketika operasi kawalan rusuhan dijalankan. -Gambar fail/X @Lucyaerz
JAKARTA: Seorang pegawai polis Indonesia dipecat secara tidak terhormat susulan insiden rempuhan maut terhadap penunggang motosikal penghantaran yang mencetuskan gelombang protes besar-besaran di seluruh negara baru-baru ini.
Ringkasan AI
- Pegawai polis Indonesia Cosmas K Gae dipecat secara tidak terhormat selepas merempuh penunggang motosikal penghantaran semasa rusuhan di Jakarta.
- Tujuh anggota Brimob turut dikenakan tindakan disiplin; insiden cetus protes besar-besaran dan kemarahan rakyat di seluruh negara.
- Presiden Prabowo arah siasatan telus dan tindakan tegas terhadap anggota yang bersalah; Suruhanjaya Hak Asasi lapor 10 kematian dan 20 hilang.
“Perbuatan Cosmas disifatkan sebagai tidak profesional dan tercela. Pemecatan tidak terhormat sebagai anggota polis negara adalah hukuman yang setimpal,” kata Trunoyudo dalam sidang media yang disiarkan oleh Kompas TV.
Cosmas, yang mempunyai tiga hari untuk mengemukakan rayuan, menegaskan bahawa dia hanya menjalankan tugas menjaga keselamatan awam dan tidak berniat mencederakan sesiapa.
“Tiada niat, jujur demi Tuhan,” katanya dalam kenyataan.
Selain Cosmas, tujuh anggota Pasukan Briged Mobil (Brimob) turut dikenakan tindakan disiplin dan ditahan selama 20 hari selepas siasatan dalaman mendapati mereka melanggar kod etika semasa insiden tersebut.
Insiden berkenaan telah mencetuskan kemarahan rakyat, dengan protes antikerajaan merebak ke Jakarta, Makassar, Jawa Tengah dan Papua.
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Indonesia melaporkan sekurang-kurangnya 10 kematian dan 20 individu masih hilang setakat 1 September.
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, menyatakan rasa kecewa terhadap insiden itu dan telah mengarahkan siasatan telus serta tindakan tegas terhadap mana-mana anggota yang didapati bersalah.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami