DUNIA
Rusuhan Indonesia: 'Polis mungkin bersalah, tapi perusuh sebenarnya punca' - Prabowo

Prabowo (foto) menghargai pengorbanan puluhan petugas keselamatan yang cedera atau terkesan semasa bertugas menjaga ketenteraman negara. -Gambar fail/Reuters
JAKARTA: Anggota polis yang didapati bersalah dalam menangani demonstrasi yang bertukar ganas akan dikenakan tindakan tegas.
Ringkasan AI
- Presiden Prabowo Subianto menegaskan bahawa anggota polis yang didapati bersalah dalam menangani demonstrasi akan dikenakan tindakan tegas.
- Beliau turut mengakui kemungkinan berlaku kesilapan oleh anggota polis dalam situasi tegang, namun menekankan bahawa perusuh adalah punca utama korban awam.
- Prabowo menghargai pengorbanan puluhan petugas keselamatan yang cedera atau terkesan semasa bertugas menjaga ketenteraman negara.
Menurut Prabowo, Polis Republik Indonesia (Polri) sedang menjalankan siasatan dalaman terhadap anggota yang didakwa melanggar prosedur semasa mengawal demonstrasi yang merebak ke seluruh negara sejak minggu lalu.
Beliau mengakui bahawa dalam proses menegakkan undang-undang, ada kalanya anggota polis melakukan kesilapan atau bertindak di luar batas kerana tekanan situasi.
“Polis kadang-kadang, ya namanya menegakkan hukum, ada yang khilaf, ada yang keterpaksaan.
"Tapi kalau ada korban, yang benar-benar salah adalah mereka yang membuat rusuhan sehingga rakyat tidak berdosa menjadi mangsa,” katanya.
Prabowo turut menyampaikan penghargaan kepada anggota Polri yang cedera atau terkesan semasa bertugas, sambil menekankan bahawa pasukan keselamatan telah bekerja siang dan malam untuk menjaga ketenteraman di seluruh pelosok negara.
“Tapi jangan lupa, puluhan petugas juga berkorban. Polis siang malam menjaga keamanan,” ujarnya.
Kenyataan ini hadir selepas insiden kematian penunggang motosikal gig, Affan Kurniawan, 21, yang dilanggar kenderaan taktikal polis semasa rusuhan di Jakarta, mencetuskan kemarahan awam dan gelombang demonstrasi besar-besaran di lebih 15 wilayah.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami