awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusuhan Indonesia: Rosakkan infrastruktur awam, tindakan tegas akan diambil - Prabowo

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
31/08/2025
10:20 MYT
Rusuhan Indonesia: Rosakkan infrastruktur awam, tindakan tegas akan diambil - Prabowo
Prabowo bercakap pada sidang media di Istana Negara, di Jakarta pada Ahad. - Foto Sekretariat Preside
KUALA LUMPUR: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mengarahkan pihak polis dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat menyebabkan kerosakan infrastruktur awam dalam protes besar-besaran yang berlaku di negara itu.

Ringkasan AI
  • Presiden Prabowo arah polis dan TNI bertindak tegas terhadap pelaku kerosakan awam dan penjarahan.
  • Protes dibenarkan selagi aman dan ikut undang-undang, selaras dengan hak kebebasan bersuara.
  • Kediaman beberapa tokoh politik dan menteri jadi sasaran penjarahan semasa protes.

Prabowo menegaskan kerajaan sentiasa menghormati kebebasan bersuara selaras dengan United Nations International Covenant on Civil and Political Rights Fasal 19 Undang-Undang Nombor 9 tahun 1998.
‘’Kepada pihak polis dan TNI, saya perintahkan untuk mengambil tindakan yang paling tegas terhadap segala bentuk kerosakan kemudahan awam.
‘’(Ini termasuk) penjarahan terhadap kediaman individu ataupun tempat-tempat awam dan pusat-pusat ekonomi, selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa,’’ katanya menerusi sidang media di Istana Negara, pada Ahad.
Tambahnya, penyampaian aspirasi perlu dilakukan secara aman tanpa mencetuskan sebarang provokasi yang boleh membawa kepada pelanggaran undang-undang.
Tunjuk perasaan di beberapa daerah sebelum ini mencetuskan provokasi besar-besaran sehingga menyebabkan beberapa infrastruktur awam musnah.
Pada masa sama berlaku penjarahan rumah beberapa individu termasuk rumah penting di negara itu termasuk anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Ahmad Sahroni di Tanjung Priok, Jakarta Utara, yang dimasuki orang ramai, pada Sabtu.
Turut menjadi mangsa ialah rumah ahli politik Parti Amanat Nasional (PAN), Eko Hendro Purnomo atau lebih dikenali sebagai Eko Patrio, di kawasan Setiabudi, Jakarta Selatan dan rumah anggota DPR, Surya Utama atau lebih dikenali sebagai Uya Kuya.
Kediaman peribadi Menteri Kewangan Indonesia Sri Mulyani Indrawati di Jakarta didakwa turut menjadi sasaran penjarahan oleh individu tidak dikenali, awal pagi Ahad.
Topic Berkaitan
#rusuhan Indonesia
#Protes Indonesia
#Prabowo Subianto
#terkini
#rosakan infrastruktur awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan