Para saintis di China melahirkan keyakinan vaksin yang dibangunkan mereka 99 peratus berkesan untuk merawat COVID-19.
Vaksin tersebut dibangunkan oleh firma bioteknologi Sinovac yang berpusat di Beijing.
Firma itu mendakwa ketika ini mereka berada dalam fasa kedua percubaan kepada 1,000 peserta dalam ujian klinikal.
"Ini adalah vaksin COVID-19 yang sedang kami bangunkan dan inilah yang kami sebut sebagai jarum suntikan yang sudah diisi sebelumnya.
"Jadi apabila orang menggunakannya, ia lebih mudah; ini sangat termaju," kata jurucakap firma itu dalam temu bual bersama Sky News.
Firma itu juga mengesahkan sedang dalam perbincangan untuk melaksanakan percubaan fasa ketiga yang terakhir di United Kingdom (UK).
"Kami bercakap dengan wakil beberapa negara Eropah dan berbincang dengan United Kingdom. Pada masa ini, ia masih di peringkat awal perbincangan.
Sinovac juga sedang membangunkan kilang komersial di bahagian lain di Beijing bertujuan menghasilkan 100 juta dos apabila vaksin mendapat persetujuan akhir untuk proses pengedaran secara besar-besaran.
Bagaimanapun firma itu tidak mengesyorkan pengedaran kepada seluruh penduduk, sebaliknya memberi tumpuan kepada pekerja kesihatan dan warga tua yang menjadi penerima vaksin pertama.
"Cadangan kami, vaksin itu tidak diberi kepada semua penduduk. Kami menyasarkan kumpulan berisiko tinggi, misalnya pekerja kesihatan atau warga emas," kata jurucakap firma itu.
Walaupun begitu, vaksin tersebut tidak akan siap berbulan lagi dengan percubaan fasa dua berlangsung selama beberapa bulan sebelum memasuki fasa ketiga dan kemungkinan persetujuan peraturan.
Astro Awani
Sat May 30 2020

Para saintis di China melahirkan keyakinan vaksin yang dibangunkan mereka 99 peratus berkesan untuk merawat COVID-19. -Gambar fail

Jejak Al-Haramain: Che Lah sempat bergambar sebagai kenangan
Allahyarham suka bergambar sejak di Madinah lagi dan sering menggunakan alasan sebagai kenangan peribadi.
Kementerian Perpaduan Negara lulus RM2.1 juta untuk program misi Sukarelawan Siswa
Kementerian Perpaduan Negara meluluskan RM2.1 juta bagi memperkasa program MADANI Berkhidmat Sukarelawan Siswa dan inisiatif kesukarelawanan di dalam dan luar negara.
ASEAN ambil langkah tubuh dana monetari, perkukuhkan kewangan serantau
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan negara anggota ASEAN sedang menghidupkan semula idea mewujudkan dana kewangan serantau sendiri bagi mengukuhkan kestabilan kewangan dan mengurangkan kebergantungan kepada mata wang asing.
ASEAN ulangi komitmen perkukuh keselamatan kesihatan global - Dzulkefly Ahmad
ASEAN ulangi komitmen perkukuh keselamatan kesihatan global - Dzulkefly Ahmad

Jejak Al-Haramain: Che Lah suka sedekah
Sarifah Hassan masih terkejut, tetapi bersyukur kerana pemergian suaminya yang sangat diimpikan oleh mana-mana orang beriman.
[TERKINI] Buka tirai hari ini, tonjol inovasi aeroangkasa dan maritim terkini
Aset-aset pertahanan pelbagai negara yang menyertai Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25).

UK, Perancis, Kanada ancam sekatan terhadap Israel jika perang Gaza berterusan
Mereka menyifatkan sekatan bantuan kepada Gaza sebagai "tidak boleh diterima" dan berisiko melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Rusia dan Ukraine akan mulakan rundingan gencatan senjata serta-merta, kata Presiden Trump
Keputusan itu dicapai selepas perbualan telefon selama dua jam antara Presiden Trump dengan Presiden Putin.

LIMA’25: Komitmen Malaysia untuk kesiapsiagaan pertahanan, keamanan serantau - PM Anwar
PM Anwar sifatkan, LIMA edisi kali ini jauh lebih berjaya berbanding sebelum ini.

PM Sepanyol seru larangan penyertaan Israel dalam Eurovision, pertandingan antarabangsa
Sanchez mencadangkan standard yang sama harus diguna pakai terhadap Israel terutamanya berikutan peperangan yang sedang berlangsung di Gaza.

Saintis China yakin 99 peratus vaksin keluarannya berkesan rawat COVID-19
Firma itu mendakwa ketika ini mereka berada dalam fasa kedua percubaan kepada 1,000 peserta dalam ujian klinikal.

COVID-19: Kadar pematuhan PKP melonjak kepada 99 peratus
Barangkali rakyat negara ini sudah mula memahami tujuan utama kerajaan melaksanakan PKP, iaitu untuk memutuskan rantaian COVID-19 di negara ini.