Salah cetak bendera: Tidak usah dibesar-besarkan - Jokowi

Astro Awani
Ogos 20, 2017 06:10 MYT
Joko Widodo meminta kepada rakyatnya supaya tidak memperbesarkan isu kesalahan cetak bendera republik itu. -Foto AFP
Presiden Indonesia, Joko Widodo meminta kepada rakyatnya supaya tidak memperbesarkan isu kesalahan cetak bendera republik itu pada Buku Cenderamata Khas Kuala Lumpur 2017.
Beliau cuma mahu permohonan maaf dilakukan secara rasmi oleh penganjur Sukan SEA KL2017 atau kerajaan Malaysia, lapor portal Indonesia KiniNEWS.
"Kita sangat menyesalkan kejadian itu. Tapi tidak usah dibesar-besarkan.
"Kita menunggu permintaaan maaf dari Kerajaan Malaysia berkenaan perkara ini kerana ini berkait sebuah kebanggaan nasionalisme dari bangsa Indonesia," katanya selepas penyerahan sijil hak atas tanah, di sini, hari ini.
BACA: Kes bendera Indonesia terbalik bukan disengajakan - TPM
BACA: Sukan SEA: MASOC minta maaf kesilapan di buku cenderamata
BACA: Polis siasat punca bendera Indonesia dicetak terbalik
#bendera #buku cenderamata #Indonesia #KL2017 #pembukaan #salah cetak #Sukan SEA