Skip to main content

Dunia

AS salah perkiraan, konflik Iran tidak berakhir seperti dijangka - Penganalisis

71768215082_DONALDTRUMP.jpg
Washington mungkin terlepas pandang implikasi strategik terhadap pasaran tenaga, termasuk risiko penutupan Selat Hormuz yang menyebabkan ketidakstabilan ekonomi global. -Gambar fail

WASHINGTON: Pentadbiran Donald Trump pada awalnya menjangkakan kemenangan pantas dalam konflik di Asia Barat, namun peperangan itu kini terbukti jauh lebih rumit dan kian berlarutan, menurut penganalisis diplomatik.

Ketua Koresponden Diplomatik Eropah The New York Times, Steven Erlanger, berkata kepada Al Jazeera bahawa pegawai tinggi tentera AS telah memberi amaran lebih awal kepada White House mengenai risiko perang panjang yang sukar ditamatkan.

Advertisement

“Beliau (Trump) telah diberi amaran oleh Jeneral Cain, Ketua Turus Angkatan Tentera AS, bahawa perang ini boleh menjadi sangat sukar dan berlarutan serta menguji bekalan peluru berpandu pemintas Amerika Syarikat,” katanya.

Menurut Erlanger, pentadbiran AS berkemungkinan besar menjangka konflik ringkas dan tidak menjangka operasi ketenteraan akan berpanjangan sehingga tahap sekarang.

Beliau menambah bahawa Washington mungkin terlepas pandang implikasi strategik terhadap pasaran tenaga, termasuk risiko penutupan Selat Hormuz yang menyebabkan ketidakstabilan ekonomi global.

Analisis itu turut menunjukkan kemungkinan bahawa AS menganggap kempen ketenteraan awal mampu melemahkan kepimpinan Iran dengan cepat dan membuka ruang rundingan.

Namun, perkembangan di medan perang jelas menunjukkan sebaliknya.

Must Watch Video