awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sambung semula perjanjian bijirin hanya selepas syarat Rusia dipenuhi - Putin

Bernama
Bernama
20/07/2023
11:32 MYT
Sambung semula perjanjian bijirin hanya selepas syarat Rusia dipenuhi - Putin
Moscow mendakwa Barat tidak sepenuhnya melaksanakan kemudahan yang dijanjikan untuk eksport baja dan makanan Rusia. -Gambar fail/AP
MOSCOW: Selepas penamatan perjanjian eksport bijirin Ukraine yang meneriman kritikan meluas, Presiden Rusia Vladimir Putin tidak menolak kemungkinan untuk meneruskan semula perjanjian itu - tetapi berdasarkan syarat Rusia, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Putin berkata, Moscow pada asalnya telah diberikan jaminan oleh Barat bahawa beberapa tuntutan akan dipenuhi.
"Sebaik sahaja semua syarat yang kami persetujui sebelum ini dipenuhi..., kami akan segera kembali kepada perjanjian itu," kata Putin pada pertemuan dengan wakil kerajaan, pada Rabu.
Rusia yang telah melancarkan perang menentang Ukraine selama kira-kira 17 bulan, mengisytiharkan perjanjian mengenai eksport bijirin Ukraine ditamatkan pada Isnin, meskipun mendapat banyak bantahan daripada masyarakat antarabangsa.
Moscow mendakwa Barat tidak sepenuhnya melaksanakan kemudahan yang dijanjikan untuk eksport baja dan makanan Rusia.
Sebaliknya, Rusia telah dikritik kerana menggunakan kelaparan sebagai senjata, memandangkan eksport bijirin Ukraine penting bagi negara-negara miskin di selatan dunia.
Tambahan pula, Rusia baru-baru ini bertindak balas terhadap permintaan Kiev untuk menyambung semula perjanjian itu tanpa penyertaan Moscow, apabila Kementerian Pertahanan Rusia mengumumkan kapal-kapal di Laut Hitam yang menuju ke pelabuhan Ukraine akan dianggap "membawa kargo tentera",
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Vladimir Putin
#eksport bijirin
#Ukraine
#Laut Hitam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan