KUALA LUMPUR:Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, adalah 'sangat spekulatif' bagi agensi itu menyatakan bahawa koronavirus tidak muncul di China, iaitu lokasi kali pertama ia dikesan di pasar jualan haiwan eksotik di Wuhan, pada Disember lalu.
China sedang merancang naratif melalui media negaranya bahawa virus itu sudahpun wujud di luar negara itu sebelum dijumpai di bandar Wuhan.
Reuters melaporkan, Negara Tembok Besar itu menyatakan koronavirus dikesan pada bungkusan makanan beku yang diimport dan laporan saintifik mendakwa ia telah berada di Eropah tahun lalu.
Pengarah Program Kecemasan WHO, Dr. Mike Ryan berkata, adalah sangat spekulatif untuk WHO menyatakan bahawa penyakit tersebut tidak muncul di China.
"Dari perspektif kesihatan awam jelas bahawa kita memulakan siasatan di lokasi kes yang kali pertama melibatkan manusia dikesan," katanya dalam sidang media di Geneva, pada Jumaat.
BACA: Penyelidik China dakwa COVID-19 berasal dari India
Mengulas lanjut, Mike berkata, perlunya bukti yang kukuh berkemungkinan membolehkan ia berasal dari tempat lain
Beliau mengulangi bahawa WHO berniat untuk menghantar para penyelidik ke pasar makanan Wuhan untuk menyiasat virus itu dengan lebih mendalam.
WHO sebelum ini dituduh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sebagai menyebelahi China namun dakwaan itu dinafikan pertubuhan berkenaan.
Agensi
Sat Nov 28 2020

Pengarah Program Kecemasan WHO, Dr. Mike Ryan berkata, ia sangat spekulatif untuk WHO menyatakan penyakit ini tidak muncul di China. - Reuters

COVID-19 | Tiada bukti penularan kes di New Zealand
Tiada sebarang bukti penularan COVID-19 susulan kes komuniti pertama yang dikesan pada Sabtu lalu selepas dua bulan tidak merekodkan sebarang kes positif.

PdPR | Program TV pendidikan mulai 27 Januari
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan slot program TV pendidikan akan disiarkan dalam program DidikTV@NTV7 mulai 27 Januari ini, khusus untuk calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020. Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, ia sebagai usaha berterusan untuk menambah baik pendekatan kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

10 Berita Pilihan - (26 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

PdPR | Beri peluang pelajar, guru biasakan keadaan
Sehubungan itu, Pensyarah Kanan Kurikulum dan Pengajaran Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Fazilah Razali meminta agar semua pihak untuk memberi ruang dan peluang kepada pelajar serta guru membiasakan pendekatan tersebut.

Vaksin | Kerajaan akan peroleh vaksin buatan China, Rusia
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menandatangani dokumen Terms Sheet dengan dua syarikat pembekal vaksin untuk perolehan sebanyak 18.4 juta dos vaksin. Perolehan melibatkan Pharmaniaga Lifescience Sdn. Bhd. (PLS) dan Duopharma (M) Sdn. Bhd. itu akan meliputi 28.75 peratus dari populasi rakyat Malaysia.
![[INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (26 Januari 2021) [INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (26 Januari 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/38631776961611677641288/1887331_8967789641611677752459_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (26 Januari 2021)

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Hadid lantik Tan Sri Apandi Ali sebagai pengerusi baharu
Hadid yakin kehadiran Tan Sri Apandi akan meningkatkan prestasi perniagaan, dalam dan luar negara.

32 kakitangan Hospital Melaka disah positif COVID-19
Hospital Melaka masih mempunyai cukup kakitangan untuk mengendalikan operasinya termasuk kes COVID-19 meskipun 32 kakitangan hospital itu didapati positif wabak berkenaan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Donald Trump umum buka Pejabat Bekas Presiden AS
Pejabat tersebut akan mengambil tanggungjawab dalam mengelola sebarang kenyataan Trump, penampilan awam, serta aktiviti rasmi beliau.

Majoriti puas hati polisi, perancangan Biden - Kajian
Peratusan itu jauh lebih tinggi daripada yang diperolehi bekas Presiden, Donald Trump pada 2017 dengan hanya 39 peratus responden berpuas hati dengan penerangan polisi Trump.

COVID-19: Amerika Syarikat kenakan larangan perjalanan terhadap Afrika Selatan
Biden turut mengeluarkan larangan masuk ke atas hampir semua pelancong yang pernah berada di Brazil, UK, Ireland dan 26 negara di Eropah.

Republikan minta Demokrat tangguh prosiding Trump
Beberapa pemimpin Demokrat turut menyokong penangguhan tarikh itu atas alasan ia memberikan lebih masa untuk Senat mengesahkan calon barisan Kabinet Joe Biden.

Prosiding pendakwaan Trump bermula minggu depan
Prosiding perbicaraan bagi pendakwaan bekas Presiden Donald Trump kerana berperanan dalam rusuhan di Capitol Hill ditetapkan bermula di hadapan Senat minggu depan.

Biden rancang kekalkan Wray sebagai Pengarah FBI
Wray dicalonkan oleh bekas Presiden Donald Trump pada Jun 2017 bagi menggantikan James Comey yang dipecat ketika siasatan FBI mengenai hubungan kempen Trump dengan Rusia sedang berlangsung.

Dewan Perwakilan boleh hantar pertuduhan terhadap Trump ke Senat seawal hari ini
Ia akan menentukan nasib Trump sama ada masih layak bertanding sebagai presiden di masa akan datang.

Joe Biden, pasukan pentadbiran secara rasmi ambil alih akaun Twitter @POTUS
Joe Biden dilaporkan sudah mengambil alih akaun media sosial @POTUS, iaitu akaun Twitter rasmi milik presiden negara berkenaan.

James Corden hasil lagu parodi sempena hari terakhir Trump sebagai Presiden
Kali ini, Corden mendapat inspirasi daripada teater Les Misrables.