awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mengenai ‘hari bahagia’ dengan Bella Astillah, ini jawapan Syed Saddiq: "Soal ini adalah antara dua keluarga”
Leona rasa sudah tiba masa berumah tangga, doa agar jumpa jodoh tahun depan - “Ramai kawan dah kahwin, saya cemburu”
Myanmar jalankan pilihan raya pertama selepas lima tahun di bawah pemerintahan tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perniagaan Jepun terjejas akibat pengurangan pelancong China

Agensi
Agensi
27/12/2025
23:50 MYT
Perniagaan Jepun terjejas akibat pengurangan pelancong China
Susulan itu, kira-kira 30 peratus daripada 1.44 juta perjalanan dari China ke Jepun sehingga akhir Disember telah dibatalkan. - Gambar Reuters
Perniagaan di Jepun yang bergantung kepada pelancong China kini berdepan kesukaran selepas lebih sebulan kerajaan China menasihatkan rakyatnya supaya tidak melancong ke Jepun.
Nasihat itu dikeluarkan pada November dengan alasan kebimbangan terhadap keselamatan rakyat China di Jepun serta kenyataan pemimpin Jepun berkaitan isu Taiwan.
Susulan itu, kira-kira 30 peratus daripada 1.44 juta perjalanan dari China ke Jepun sehingga akhir Disember telah dibatalkan.
Di Asakusa, kawasan pelancongan terkenal di Tokyo, kehadiran pelancong China yang biasanya memenuhi jalan-jalan pada musim ini kini berkurangan dengan ketara.
Pelancong China sebelum ini antara penyumbang utama pendapatan peniaga tempatan.
Sehingga September lalu, pelancong China masih kumpulan terbesar pelawat asing ke Jepun, namun kehilangan itu kini sukar diganti.
Keadaan dijangka berlarutan kerana syarikat penerbangan China masih mengurangkan jadual penerbangan sehingga Mac tahun depan.
Kesan turut dirasai di lapangan terbang dan hotel.
Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai melaporkan penerbangan ke China menurun, manakala di Osaka, banyak hotel menyaksikan sebahagian besar tempahan oleh pelancong China dibatalkan. - Agensi
Topic Berkaitan
#Jepun
#China
#pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan