Sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Australia terpaksa ditutup setelah sarang ular ditemui di dalam bangunan itu.

Pengarah pusat tersebut segera memanggil pihak berkuasa untuk bantuan selepas menjumpai anak ular sawa pada hari Khamis.

Berikutan itu, pihak berkuasa menemui seekor ular sawa sepanjang 2.5 meter dengan 23 anak ular di dalam salah satu dinding bangunan itu.

Mereka juga terkejut apabila menemui 41 lagi telur ular.

Ular sawa yang ditangkap, kemudiannya dibebaskan di kawasan belukar.