awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Satu dunia merasai inflasi, Singapura tidak terkecuali

Nina Rozman
Nina Rozman
04/03/2025
00:00 MYT
Satu dunia merasai inflasi, Singapura tidak terkecuali
Inflasi global mendorong kenaikan kos sara hidup di Singapura, dengan cabaran yang melangkaui GST, sementara Bajet 2025 termasuk Pakej SG60 dilancarkan untuk meringankan beban rakyat, kata Lawrence. - Gambar FB Lawrence Wong
KUALA LUMPUR: Inflasi global terus memberi tekanan kepada rakyat di seluruh dunia dan Singapura tidak terkecuali.
Kenaikan harga barangan keperluan dan perkhidmatan semakin dirasai oleh banyak keluarga, terutama dalam perbelanjaan harian seperti membeli barangan barangan dapur dan membayar bil.
Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong, dalam satu perkongsian di Instagram miliknya selepas perbahasan Bajet 2025 mengakui, kebimbangan terbesar rakyat ketika ini adalah kos sara hidup yang meningkat.
Namun, beliau menegaskan, faktor utama di sebalik kenaikan harga bukan disebabkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), sebaliknya, situasi global yang tidak menentu.
“Ada yang tertanya-tanya sama ada kenaikan GST menjadikan keadaan lebih teruk tetapi realitinya, apa yang kita hadapi ini jauh melangkaui GST
“Inflasi melonjak akibat peperangan dan gangguan rantaian bekalan
“Tiada negara yang terkecuali termasuk Singapura juga merasai tekanannya, tertutamanya kerana kita sebuah ekonomi kecil, terbuka dan hampir semua yang kita guna diimport dari luar”, kata beliau.
Mengimbas kembali pandemik COVID-19, Perdana Menteri Wong menjelaskan bagaimana kerajaan terpaksa menggunakan rizab negara bagi memastikan ekonomi pulih dan rakyat terus mendapat sokongan.
Kini, walaupun ekonomi kembali stabil, kerajaan terus mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan kestabilan fiskal jangka panjang, termasuk meneruskan kenaikan GST dengan bantuan mitigasi melalui Pakej Jaminan.
Bajet 2025 turut memperkenalkan Pakej SG60, yang menyediakan lebih banyak bantuan kepada rakyat bagi meringkankan beban kos sara hidup.
“Kami akan memastikan kita mempunyai sumber yang mencukupi untuk menangani cabaran di hadapan
“Ini termasuk menjaga warga emas kita dengan lebih baik dan bersiap sedia untuk perjalanan yang lebih mencabar dalam beberapa tahun akan dating, ketika dunia menjadi semakin berbahaya, bergolak, dan tidak menentu”, tambahnya.
Singapura berdepan cabaran ekonomi global yang kompleks, tetapi kerajaan bertekad untuk terus menyokong rakyat.
Kerajaan Singapura berharap dengan langkah-langkah tambahan dalam Bajet 2025 ini, setiap rakyat mendapat bantauan sewajarnya dalam menghadapi masa yang mencabar ini.
Topic Berkaitan
#GST
#Inflasi
#Lawrence Wong
#bajet
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan