awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ngauman harimau di Proton CIty, Perhilitan hantar petugas untuk pantau
Agong berkenan tandatangan Akta Antibuli 2026
Malaysia Airlines perkenal semula penerbangan ke Chengdu, catat permintaan tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Satu hari nanti Filipina akan jajah dan serang negara lain pula" - Duterte

Agensi
Agensi
22/05/2018
14:12 MYT
"Satu hari nanti Filipina akan jajah dan serang negara lain pula" - Duterte
"Seratus tahun dari sekarang Filipina akan menjajah negara lain dan bukan sebaliknya" - Duterte
"Seratus tahun dari sekarang Filipina akan menjajah negara lain dan bukan sebaliknya!"
Itu antara jenaka yang dibuat Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dalam ucapan sempena Ulang Tahun ke 120 Tentera Laut Filipina pada Selasa.
Beliau merujuk kepada sejarah penjajahan ke atas negara itu yang bermula dari zaman penjajahan Sepanyol, Britain dan Amerika Syarikat.
"Oleh itu saya meminta setiap seorang daripada anda (anggota tentera) untuk melaksanakan tanggungjawab anda supaya dalam tempoh 120 tahun akan datang kita dapat menubuhkan pasukan tentera laut yang akan bertahan seumur hidup dan mungkin kita dapat menyerang negara-negara lain," jelas Duterte dalam ucapannya.
Namun jenaka Duterte itu seakan sinikal kepada keberadaan aset tentera China di Pulau Paracels atau lebih dikenali Vietnam sebagai Pulau Hoang Sa.
Pulau Hoang Sa di Laut China Selatan menjadi pertikaian antara Vietnam dan China manakala Filipina hanya mempunyai pertikaian di Beting Scarborough.
Kebimbangan memuncak dalam kalangan rakyat Filipina kerana pesawat pengebom yang diletakkan China di pulau tersebut bakal mengancam keselamatan mereka.
Mereka bimbang jika ketegangan kedua-dua negara memuncak, peluru berpandu China akan tiba dari jarak dekat.
Mereka mendesak agar Duterte memfailkan protes diplomatik terhadap tindakan China tersebut.
Susulan itu pentadbiran Duterte telah dikecam kerana respon yang lemah terhadap tindakan China itu.
Sebelum ini Tentera Laut Filipina terlibat secara langsung dalam perlindungan kedaulatan dan hak kedaulatan negara di Laut Filipina Barat, yang dikenali sebagai 9-dash line yang turut dituntut China.
Pada tahun 2016, Duterte telah memilih untuk menolak keputusan yang dibuat ke atas kawasan pertikaian tersebut kerana memilih untuk menjalin hubungan erat dengan China.
Topic Berkaitan
#2016
#Amerika Syarikat
#Britain
#China
#Filipina
#keselamatan
#pesawat
#protes
#rakyat
#Rodrigo Duterte
#sepanyol
#tentera
#Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan